Soal Jodoh

Dikempatan hari raya baru-baru ni, sempat juga saya berjumpa rakan2… Seperti biase, kalau ramai2 berada di kampong ni..sekali-sekali kami pergi minum dan bersembang bersama2 di kedai makan.

di kedai makan

“Mcm mane kerja mu lan..best la mu ni duk kampong, gembira je nampak…” salah seorang rakan saya memula bicara setelah sampai di kedai makan yang biase kami bersembang.

“hmm..gitu la…bla..bla…bla…..

“eh lan, mu cari la ke aku “sorang”!, kat UMT tu mesti ramai awek2..” tiba2 salah seorang rakan saya mengubah haluan percakapan kami.

“eh dekat keje mu tu kan ramai jugok..dok kang dok jumpa sorang..milih ngat kot mu ni..” perli saya dan di sambung ketawa sinis dari rakan-rakan yang lain.

“bukan gitu la…memang la rama, tapi mesti la nok yang solehah” jawab dia..

“Doh mende syarat-syarat solehah tu..aku nk dengor gok.” Samput rakan saya yang seorang lagi.

“eh dokkang mu dok tau, wanita solehah mesti la,..solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai ngaji, pose sunat…” Jelas dia.

“ eh kalu gitu senang la..belambok hok gitu” balas saya

“ eh tu lahiriah je..yang paling penting..dia mesti bertakwa” tambahnya lagi.

“ doh kalu gitu, nok ukur gane takwa tu?” samput rakan saya yang seorang lagi pula.

Diam sejenak..“ hmm..tu yang aku pening tu. Takwa tu dalam ati..tapi gane2 pun aku nak yang solehah jugok, yang bertaqwa!” jawabnya.

“ mu nk tau dok, ade se tip yang mudah nk buleh yang bertaqwa?” pelawa saya.

“gane tu??” cepat2 dia memjawabnya..

“ xyoh susah2 nk ukur, telek, nilai dan kaji orang lain..kaji diri kite, lihat iman kita..lihat taqwa kita” jawab saya sambil tersenyum..

“untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kite lu caloh suami soleh!”tegas saya lagi..

Diam sejenak..belum sempat dia bersuara, saya susurli lagi dengn penjelasan..“cuba cari ciri2 suami soleh..bina semua ciri tu dalam diri kita..bina sahsiah lahiriah seorang lelaki soleh..lepas tu, muhasabah pula soal ati..dan ukur iman dan taqwa kita”

“hmmm betul gok tu lan…nok ukur taqwa org lain susah, lebih senang ukur taqwa kita sendiri” tambah rakan saya sorang lagi.

Rakan-rakan yang lain mengangguk-angguk..

wanita-solehah

Ya… itu antara rangkap perbualan kami..sememangnya kita ingin yang terbaik dalam hidup kita. Bergitu juga soal jodoh..kalau boleh kita ingin jodoh kita itu memenuhi kretirial yang di letak kan oleh islam iaitu beriman, cantik, keturunan yang baik dan berharta. Namun ingatlah janji Allah:

Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukan untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukan untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (surah an-Nur ayat 26)

Dan satu pekara yang tidak kurang penting nya untuk jodoh kita berkekalan….,ingatlah ..sesiapa pun jodoh kita berlakulah adil padanya kerana Allah..sama2 la membimbing kerana Allah….cintailah dia kerana Allah..serta pecayai la dia dan jujurlah dengannya kerana Allah..insyaAllah kita akan merasai nikmat soleh dan solehah itu..

bak kate ustaz harizal..”bercintalah hingga ke syurga”…

sekadar nasihat yang diambil dari sebuah buku:)

Advertisements

6 Komen

  1. menarik goh tajuk kali ni
    saya setuju dgn pendapat awak tu, untuk dpt yg terbaik kita mest siapkan diri jd yg terbaik jugok..
    Letak la lg bnyk benda yg menarik utk dibaca, insyaAllah mst sempat ikut blog lan ni

  2. Tq..insyaAllah..saya akan cube selalu update..:)

  3. menarik gak cite ni…
    🙂

  4. artikel yg menarik! selain tu, antara usaha yg syarie.. boleh juga daftar di baitulmuslim.com ;).

  5. Semoga dikurniakan jodoh yang solehah dan zuriat penyejuk mata

  6. teruskan menulis dgn ikhlas


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s