Kesibukan

kesibukan

“Awak dah lapor diri ke belum?”

“Belum lagi Dr..11 jun nanti kot Dr”..jawab sy , sambil melihat tepat di mata Dr Wan

“Eh kenapa lewat sangat..?” tanya Dr wan terkejut..

“Hmm saya dah tanya pendaftar, saya boleh lapor diri selewat2nya 11 jun nanti.. err jadi saya ingat nak rehat2 dulu la..lagi pun saya baru saja tamat kan..” jawab sy teragak2, dalam hati sy mesti dia ni xbagi ni…

“Eh tak boleh la mcm tu, kita takde orang sekarang ni nie… cuti tu nanti la, masa2 tak sibuk…hhmm awak lapor diri teruslah minggu depan ya… “ arah Dr wan sambil tersenyum sinis..

“Err …baik la Dr…” jawab sy terkilan..

Ya..walaupun riaksi Dr wan  selamba , namun kenyataannya itu cukup tegas bagi saya…

Jadi, sy hanya berehat seminggu sahaja di rumah setelah habis pengajian..dan  saya melapor diri kembali ke UMT pada 17 mei lalu..

Keesokan harinya (18 Mei),

“Lan, Dr wan lantik mu ngan aku jadi penyelia latihan industri di Johor” beritahu rakan setugas saya..

Saya tercengang, dah la baru masuk..dengan tak tau ape2..terus kene jadi penyelia Latihan Industri pula..dan yang paling membosankan saya adalah perkataan “JOHOR”..adus kene gi johor lagi la ni..

Ya..20 Mei, saya dan rakan saya bertolak ke Johor..walaupun agak berat, namun bila memikirkan tanggungjawab, saya kerah juga diri saya untuk melakukan kerja tersebut. ..hmm selama 5 hari saya di Johor..melawat student2 saya di beberapa lokasi di Pasir Gudang. .

25 Mei saya masuk ke pejabat lagi, lima sampul surat berderet di  atas meja…dalam fikiran saya, ape lagi ni..

hmm setelah membaca ke lima2 surat itu, maka tersenarailah jadual harian saya…

2-5 Jun sediakan Modul AutoCad

7-9 Jun ke Langkawi

11 Jun Temuduga Pensyarah di UMT

15 Jun-17 kursus di KL,

5 Julai Kemasukan student baru..

Ya..baru saya tahu, rupanya kerja ni tak seindah yang di fikirkan.. dan yg paling menyedarkan saya adalah tentang “nikmat masa”..ya benar lah hadis nabi:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
” Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
Pertama : masa sihat sebelum sakit.
Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua, dan
kelima masa hidup sebelum tiba masa mati.”
(riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Advertisements

Bolehkah aku mencium mu?

cium

“ Bolehkah aku mencium mu?”

“Masya-Allah, kenapa perlu cium? Kita kan belum berkahwin, malah kita baru sahaja bertunang”..Jawab aisyah terkejut dengan permintaan saiful…

“bukankah ciuman itu bukti kewujudan cinta kita…”rayu saiful

“ Hanya ciuman kamu sudah tidak sanggup berikan, bagaimana pula nanti pabila kita berkahwin”… saiful merayu lagi, dengan nada yg agak kecewa..

“Tidakkah agama kita mengharam lelaki dan perempuan bersentuhan selagi belum di ijab kabulkan…inikan bersentuhan antara bibir dengan bibir yg menaikkan nafsu..apakah kamu tidak tahu tentang hal ini??..” tegas aisyah, tanpa melihat wajah saiful dihadapannya…

saiful terkebil2..malu dengan ucapan tunangnya..

dan sejak dari hari itu, saiful telah berazam utk menjadi muslim yg terbaik , dan dengan cintanya pada insan itulah menyebabkannya menemui cintanya kepada Allah..

Namun perlu di ingat, Allah akan memberi  hidayahNya kepda sesiapa yg dikehendakiNya…dan  di sini Allah hanya menjadikan aisyah penyebab kepada cahaya hidayah yg diperolehi saiful.

doa

Ya, itu adalah antara intipati sebuah novel islamik yg saya sempat baca beberapa hari ini… Apa yg saya ingin perkatakan adalah tentang hubungan antara lelaki dan perempuan.. ya sejak akhir2 ni kita sering dengar tentang anak luar nikah, kes rogol, sumbang mahram dan byk lagi…

Apakah silapnya, emm ya ternyata semuanya hasil dari hubungan lelaki dan perempuan yg tidak betul dan tidak berlandaskan Al-Quran…untuk itu kembali la semula kepda AlQuran dan Sunnah…dan;

Ciumlah insan yg kau cintai sebagaimana  engkau  mencium “Al-Quran” kalam yg suci..(atau dengan kate lain setelah halal bagi mu …mandai2 ni..wat sedap ayat..hehe)

Semoga cerita ni menjadi pengajaran buat saya dan sahabat2 semua..:)

Keraguan..

menantipagijiwaku terpenjara dalam relung hitam yang kelam diliputi gelisah bagai kabut menutup mata…

Ya apakah ubat kepada keraguan… .aku masih gelisah tentang hal ini..istikharah telah ku lakukan.. setiap  kali masai solat, sering aku  memohon agar keraguan ini hilang.. namun ku masih dihantuinya..

Ya Allah, berikan aku ubat atas keraguan ini….aku sangat memohon pada Mu Ya Allah..berilah aku pertunjuk dan hidayah Mu..

Teringat aku tentang satu  doa Rasullulah;

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada Engkau dari tekanan hutang dan kesewenang-wenangan manusiaayatkursi2Semoga kegelisahan dan keraguan ini akan hilang…