Adakah aku bersungguh2 utk mendapatkannya….

“Ko buat ape tu lan..aku tgk dari semalam duk depan komputer tu je..ko tak letih ke?”

Serentak saya berpaling kebelakang..”oh..dok sedor aku, mu duk belakang..” jawab saya dengan wajah yang agak terkejut…

“hmm biase la Eid, da akhir2 sem ni..makin banyak nk di settle kan projek ni…” sambung saya lagi, kemudian saya berpaling kembali ke skrin computer…

“ ko ni kalau buat keje xingt ke dunia..bawak2 la rehat sikit..” kate Eid, sambil membaringkan badannya di katil.

Saya hanya tersenyum, …tanpa berkata apa2.. namun wajah saya masih menghadap computer ….

lepak-depan-komputerGambar: hiasan

Ya..kebelakangan ini saya agak sibuk untuk menyiapkan tesis saya..ditambah pula dengan tugasan beberapa subjek lagi. Hampir separuh hari-hari saya dihabiskan di Makmal,dihadapan komputer dan membaca…

Beberapa hari lepas pula saya perlu menduduki satu ujian bertulis utk salah satu subjek..saya berusaha keras untuk menghadapi ujian tersebut, hmm hampir setiap helaian dalam buku subjek tersebut saya hafal…Alhamdullilah, sepertinya semuanya berjalan lancar.

hmm ya..sudah menjadi prinsip saya “jika nak buat sesuatu biarlah bersungguh-sungguh” Berjaya atau tidak, berserah lah saja pada-Nya. Dan saya juga percaya, ini bukan menjadi prinsip saya sahaja..tapi memang menjadi prinsip kebanyakan orang, khususnya pelajar..

bersungguh2

saya masih ingat ketika menghadapi SPM dahulu..

“Assalamualaikum..assalamualakum”

Saya bergegas keluar rumah,” waalaikumusalam”.. jawab saya pelahan, sambil membuka pintu..kelihatan beberapa rakan saya berada di beranda rumah..

“hmm bakpe lewat ngat, kate kul 9” Tanya saya lebih lanjut..setelah sekilas melihat jam di dinding rumah yg menunjukkan jam hampir 10 mlm..

“ nok wat gane, ramai boh!..susah nok kumpul”..jawap pairus, sambil tersenyum.

Sejurus kemudian, saya menjemput mereka naik ke rumah..dan masuk ke bilik saya..

“so kite nk start ngan bab mane ni…” Tanya taju sambil membelek2 buku matematik tambahan..

“ aku rase kite dok payoh tengok bab ke bab la..kite try jawab soklan exam yg lepas-lepas je la” jawab saya dengan reaksi bersemangat..

“hmm molek gok tu…”kata Faizal

Ya ketika menghadapi SPM dahulu juga , kami bergitu “bersungguh-sungguh” belajar..hampir setiap malam rakan2 saya datang ke rumah untuk belajar bersama-sama. ..Alhamdullilah hasilnya kami semua telah dapat masuk ke menara gading..dan sekarang mereka semuanya telah berkerja.

Hmm..ya..sebenarnya apa yg sy ingin katakan adalah tentang “bersungguh-sungguh”… apabila direnungkan apabila kita berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu, InsyaAllah kita akan mendapatkannya…

………………………..

Namun sy terfikir… adakah kita hanya bersungguh-sungguh untuk menghadapi/berjaya dlm peperiksaan sahaja.. atau hanya bersungguh-sungguh untuk mendapat duit sahaja….bagaimana dengan akhirat??..adakah kita berusaha bersungguh2 untuk beribadat kepadaNYa? Adakah kita berusaha bersungguh2 untuk memahami Al-Quran?? Adakah kita bersungguh-sungguh dalam memahami dan melaksanakan syariat Islam???…hmm jika jawabnya ya, sdh tentu kita akan Berjaya juga di Akhirat sana, InsyaAllah….Namun jika jawabnya tidak..fikir2kanlah apa nasib kita di sana nanti.

Kisah Bulan dan Matahari…

Sekadar cerita….

Kisah bulan

bulan2

Hai bulan…..pernahkah kau mencemburui matahari…??.. kau bergitu kuat untuk menerima semuanya itu..ku lihat kasih kau bukan sahaja di kongsi..bahkah kau ditinggalkan bergitu sahaja..kemudian tika dia datang lagi kau terimanya lagi dengan seikhlasnya…

Hai bulan…pernahkah kau menagis??..tika cahaya mu hilang, ku lihat tiada lagi matahari di sisi mu..bergitu tabah kau menghadapinya..keteguhan apakah yg ada pada mu wahai bulan…

Hai bulan… pernahkah kau merasa takut??..ku lihat sepertinya kau tak kan mungkin memiliki matahari..kerana panas hatinya bisa membakar kulitmu…adakah kau sanggup mati kerana matahari..?

Hai bulan…pernahkah kau merasa kecewa??..ku lihat tika kala subuh menjelma, kau ditinggalkan, kau dilepaskan..seperti mimpi yg penuh dengan harapan..apakah kau tidak punya perasaan…

matahari

Kisah matahari

Hai matahari…apakah kamu tidak pernah letih?…hinggakan aku lihat kau tak pernah jemu menjalankan tugas mu? ..kau bergitu kuat memperlakukan tanggunjawab ini..atau adakah kau terpaksa melakukannya…

Hai matahari,..apakah kamu tidak pernah keliru?..hinggakan aku lihat, cahayamu meratai seluruh cakerawala..apakah kau bergitu terliti dalam perkerjaan mu..

Hai matahari…apakah kau tidak pernah jatuh cinta?..hinggakan aku lihat..walau apapun menabur kasih kepada mu, kau tetap bersendirian….apakah kau tidak punya perasaan…

Ya…memang benar..bulan dan matahari tidak mempunyai perasaan sebagaimana manusia, jadi xmungkin ia merasai apa yg manusia rasakan….namun bulan dan matahari tidak pernah mungkir dalam menjalankan tanggunjwab yg di berikan Allah kepdanya..hmm adakah kita sebagai manusia yg mempunyai perasaan dan akal ini telah menjalankan tanggnjwab kita kepada Allah..?? fikr2kn…