Jangan Bersedih…

“Mu gi la jalan2 lu, aku nk gi kedai buku jap…”

“ok..aku gi kat situ jap..nanti pe2 mu call la..”..jawab zaim selamba..

Saya menganguk dan tersenyum… dan kemudian terus menuju ke kedai buku berhampiran..

Ketika di kedai buku..

Saya membelek2 beberapa novel yg di rasa kan sesuai utk di bc..namun tiada yg menarik di hati saya..kemudian saya bergerak ke bahagian dakwah, terlihat saya satu buku …

La-Tahzan ( jgn bersedih)”… serentak dengan itu saya teringat novel yg saya bc sebelum ini..yg ada menyebut tentang buku ini..iaitu ”Salju sakinah”karangan Zahid Akhtar..novel tersebut mengambarkan kebaikan yg ada pada buku tersebut..

la tahzan

Tanpa berlengah saya, membelek2nya..”ya rasanya aku da jumpa buku yg patut aku beli” hati berkata sendirian..

“hmm Rm 20..” penjaga kaunter bersuara..

Serentak saya menghulurkan wang kertas Rm 50..

”Terima kasih Encik..datang lagi ye..”

“sama-sama”..saya menjawab sambil tersenyum..

Ya, beberapa hari lalu saya sempat ke kedai buku Badan di Angsana..mmg selalu juga saya ke sana, jika tidak tau apa nk di buat sy akan mencari buku2 yg utk mengisi ruang masa saya..

Ketika di rumah, tanpa berlengah saya membelek2 lagi buku yg baru saya beli..isinya kelihatan bergitu bagus..Lantas sy memulakan pembacaan,…

membaca

Gambar hiasan

“ Ketika bumi terasa menyempit dikarenakan himpitan persoalan hidup, dan jiwa serasa tertekan oleh beban berat kehidupan yang harus Anda pikul, serulah:”Ya Allah!”

Kuingat Engkau saat alam begitu gelap gulita, dan wajah zaman berlumuran debu hitam Kusebut nama-Mu dengan lantang di saat fajar menjelang, dan fajar pun merekah seraya menebar senyuman indah Setiap ucapan baik, doa yang tulus, rintihan yang jujur, air mata yang menetes penuh keikhlasan, dan semua keluhan yang menggundahgulanakan hati adalah hanya pantas ditujukan ke hadirat-Nya…

Itu adalah antara rangkap yg betul2 membuat sy tersentuh.. ya, sy sarankan kepada sahabat2 utk mendapatkan buku ini.. ya ingatlah, segala kesedihan tak perlu la di tangisi kerterlaluan..berserahlah sepenuhnya kepada Nya. Kerana Dialah yg maha Mengetahui..

Dimana Nilai Kemanusiaan dan Keadilan…

“Tentera Israel bedil hospital”

“BAITULMAQDIS: Kemudahan perubatan hampir lumpuh di Semenanjung Gaza akibat kempen keganasan Israel di wilayah itu yang masuk hari ke-21, selepas sebuah hospital di Bandaraya Gaza rosak teruk selepas dibedil tentera Zionis, kelmarin…”………

Ya…hari kian hari berita mengenai kezaliman israel terpapar..namun di manakah kita? apa yg telah kita lakukan utk membantu saudara seislam kita di sana?…..

sayu hati bila melihat keadaan ini berterusan…ya, adakah kita hanya mampu lihat kezaliman ini.. hmm sekurang2nya berdoalah utk pejuang2 di sana, hulurlah bantuan kepada tabung-tabung palestin di mana2 sahaja.. dan marilah sama2 kita boikot barang-brangan israel dan sekutunya…

boikotmudah-mudahan sedikit sebanyak dapatlah kita membantu pejuang2 Islam di sana…

“Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat,
Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin,
Perbaikilah keadaan mereka,
Tolonglah kaum muslimin utuk melawan musuh-musuh-Mu, dan musuh-musuh mereka

Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu,
Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka,
Hancur leburkan kekuatan mereka,
Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa

Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang,
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu”

Berwaspada dengan cinta

Bila saya letak tajuk ade perkataan cinta sudah tentu vote pd tajuk saya akan meningkat…saya pn tak tau kenapa?..jadi kali ni saya nk cerita satu pengalaman saya…

bas

Ketika menaiki bas ke UTM, saya secara tak sengaja terdengar perbualan 2org sahabat..

“ aku cinta sangat la kat dia, ape nk jadi aku ni” kate si A.. diam seketika..

Bersebelahan dengan si A adalah seorg pemuda yg umurnya lebih kurang sebaya dengan si A, rambutnya ditutupi kupiah putih dan berbaju kemeja lengan panjang…namun wajahnya tidak jelas kelihatan dari sit belakang …

Dalam hati saya menduga…”sahabat si A ni mesti byk ilmu dan kelihatanya dia ni seorang pendengar yg setia”…

kemudian si A menyambung lagi, “aku nk bagi tau dia, tp aku takut dia tak terima aku la…” wjahnya bertukar muram senja..

“kenapa ko rasa mcm tu” sahabat si A bersuara..

xtau la, aku rasa kadang2 dia ni suke kat aku, kadang2 pula aku rs dia ni langsung xde perasaan kat aku” keluh si A..

mcm ni la..aku sarankan dua pekara kepada ko.. sama ade ko terus masuk meminang dia, atau ko terus tinggalkan dia…” jawab sahabat si A

kalau ko da sedia nk kawin dan rasakan diri sudah x terkawal lagi dan x tahu mcm mane ingin menurunkan rasa cinta itu, masuk la meminang…..tapi kalau ko rs diri msih xsedia utk kawin, tinggalkan la dia tu dulu…InsyaAllah kalau ko ade jodoh dgnnya tak ke mana” jelas sahabat si A

Kemudian dia menyambung lagi..” aku bukan ape, aku takut ko cinta kepada si dia lebih dr cinta ko kepada Allah…nauzubillah,,..ketahuilah ko, jangan la sekali kali ko mencintai sesuatu melebihi cinta ko kepada Allah, kerana yg demikian itu boleh menyebabkan ko gelisah yg xpernah padam,…” diam seketika..…

kemudian dia menambah lagi..” ingatlah kisah cinta laila dan majnun yg akhirnya majnun mati kerana cintanya pada laila…kisah Firaun yg cintakn kedudukan yg akhirnya mati kerana kedudukannya itu dan kisah Qarun yg cintakan harta dan akhirnya mati kerana hartanya…dan jgn ko juga mati kerana si dia tu”.. sahabat si A bergurau, namun dalam nada berpengajaran..

Sahabat si A ini tampaknya ingin meyakinkan lagi si A..lalu dia menambah lagi,

kita ni umat islam akan berasa bahagia kalu kita dapat menjauhi keluhan, kesedihan, dan kerinduan..bergitu juga jika kita dpt mengatasi keterasingan, kesunyian dan keterpisahan”..

cinta Allah

Hmm ..saya mengeluh sendiri,.. perbualan mereka xtamat di situ, namun saya rasa tak perlulah saya teruskan…hmmm ,Ya kate2 sahabat si A ni btl2 memberi pelajaran kepada saya…kemudian saya teringat satu ayat…

“ Dia mencintai mereka dan mereka mencintai-Nya.” (surah Al Maidah:54)

Ya..berwaspadalah dengan Cinta selain–Nya , Namun cintailah kepada Allah yg maha Esa, kerana kita akan di cintaiNya sebagai mana ayat di ats….