Sedih…

Sejak khamis lalu lagi cuaca di Terengganu kadang-kadang mendung, gerimis dan diikuti tagisan langit yang lebat……

Sepertinya memahami apa yang ada dibenak fikiran ku…kadang-kadang muram kesepian, kehibaan dan kesedihan….

Ya Allah berilah aku kekuatan untuk meneruskan perjuanganku ini, hanya pada Engkaulah aku menyembah dan hanya pada Engkaulah aku mohon pertolongan”..sedetik hati bersuara..

Sepertinya juga sedih dengan kepergian ku dari tanah ini….

Namun hati lebih sedih apabila membaca berita ini….

images1

images3

images21

Gambar-gambar kekejaman Israel dalam akhbar semalam. Dianggarkan sekurang2nya 300 penduduk palastine terbunuh dalam serangan kejam zionis itu…

Ya..Hati umat islam mana yg xterguris apabila saudaranya dibunuh sewenang2nya…

Kemudian hati ini memohon lagi…“Ya Allah, jadikanlah dunia ini tempat buat ku mengejar cita-cita akhirat. Jangan kau biarkan aku mencintai dunia sehingga takut akan kematian. Ya Allah, jadikanlah ku tentera-tenteraMu, yang berjuang untuk mempertahankan AgamaMu. Ya Allah, Syahid di jalanMu adalah cita-cita tertinggi ku maka kabulkanlah doa hambaMu yang hina ini… kerana hanya kepadaMu aku meminta dan memohon…”

Aku mencintaimu…

Hmm ini adalah sekadar luahan hati saya pada yg di “cintai”…

Saat kau disisi ku, aku merasa debarannya, aku merasa getaraannya, hati ku sentiasa terasa tenang dan senang…sungguh, terasa manisnya sejak aku bertemu denganmu malah tiada senyuman semanis seperti ini dpt aku ukirkan selain diwaktu disisimu,walau ia bukanlah terukir dibibir ini ,namun ku tetap merasai kemanisannya.

Sungguh! Di dasar hati yang tidak pernah diketahui oleh sesiapa melainkan aku dan Dia. Tika itu kau membelai-belai jiwa ini ,bahkan kau genggam hati ini agar ia tidak berbolak balik lagi. Hari-hari ku penuh dengan kebahagian walaupun tika itu aku ditekan ,aku dicerca dan aku dihina.

Tapi Kini, kau pergi..

Kau pergi meninggalkan aku keseorangan, terasa amat sunyi dan terggelam.. tatakala itu jiwaku sering diragut, dpukul oleh sang penderhaka…aku tau kau tinggalkan ku kerana aku, aku tidak lagi membelaimu, tidak lagi bertanyakan khabarmu..Bahkan tidak lagi memberikan semangat dan kekuatan padamu seperti dulu di waktu kau berada disampingku… ahh ati ku mengeluh menyesal dan amat merindui mu…

Wahai ‘IMAN’,berilah aku sekali lagi peluang melamarmu,
Aku perlukanmu ,aku rindukanmu.
Sudikah kau menjadi teman hidupku?
Untuk selama-lamanya?’

rahasia_menjadi_kekasih_allah_ok1

———————————————-
…..bukan NURUL IMAN ye!..ehe…

Amacam ok tak..ehe? hmm sebernarnya saya ambil sedikit petikan ini dalam website sahabat2 iluvislam…ya “iman” itu ibarat kekasih yg perlu kita belai dan pupuk selalu, janganlah biar ia pergi kerana kelalaian kita… fikir2kan..;)

Wanita Cantik

“Ja macam mane majlis kawin mu tu, cer mu terang molek2 ket….aku nk plan jadual aku ni…” saya bertanya ke pada faizal…

“hmm.. majlis akad nikah aku tu buat 1/1 ni kat masjid , dalam jam 9 mlm”.. jawab ja,..

“ kalu mu seme nk mai, mai awl sket la..dlm 28hb ke..leh aku ambik mu kat stesen putra tu..”sambung ja lagi..

“ gini la, kite gi ngan kete la..senang ket nk gi jln2..” pintas apik..

“ molek gok tu, ermm..abih seme tu leh aku gi Jb terus..” saya bersuara..

Azmir, mijo dan ja..mengangguk tanda setuju..

Ya..2 tiga hari lepas saya berkesempatan berjumpa dengan kawan2 lama saya, dan salah seorang dr kwn sy (peja) akan berkahwin tak lama lagi, tahniah saya ucapkan,,,

“Eh lan, seme org da nk kawin daa..mu bile lagi” tanya apik..persoalan itu mengundang ketawa kepada kami semua..

“ mu ni lan mesti milih sangat ni”..azmir menyampuk..ketawa sinis lagi dari rakan2..
saya pun turut tersenyum hingga menampakkan gigi…

“ ermm aku nk yg comel2”…gurau saya sambil ketawa kecil, ..

Mereka semua menyambutnye dengan ketawa juga..jelas di mata mereka senang dengan gurauan saya tu…

Setelah pulang ke rumah , hati saya berkata yg comel2 mcm mane tu??

Ya..kebanyakkan wanita masa kini salah faham dengan istilah comel/cantik ini..

ada wanita beranggapan dengan memakai pakaian ketat2 sehingga menampakkan susuk badan adalah cantik baginya..lalu mereka berpakaian seperti nangka itu, semata2 ingin menarik perhatian org lain…alangkah bodohnya tidakkan sperti itu…

ada pula wanita membiarkan rambutnya tejurai, memakai bau2an yg berlebihan, pakaian jarang dan sebagainya…dan merasakan dirinya cantik dengan keadaan seperti itu…

ermm semua itu pada saya semuanya silap belaka, sebenarnya cantik itu adalah subjektif… seorg yg beriman dan tidak beriman sudah tentu akan menjawabnya dengan jawapan yg berbeza…

Wanita Cantik

Rasulullah bersabda:“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/ keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

Ini kerana, dengan karektor agama yang baik inilah sebenarnya ia mencakupi segala faktor-faktor yang lainnya. Dengan aspek agama yang baik ini, keindahan akhlaknya terserlah, kecantikannya terjaga dan terpelihara, malahan martabat dan kehormatannya berbanding wanita di kancah masyrakat kebanyakan juga tinggi nilainya…maka di situ lah kecantikkan sebenar bagi seorang lelaki beriman…

Tapi bg seorang lelaki2 yg tak beriman, sudah tentu mereka memilih wanita seperti nangka di atas…

Namun adakah kamu(wanita) ingin memilih lelaki yg tak beriman??? ..maka saranan saya jadilah “cantik” pada lelaki beriman….fikir2kan..

Berdiam Diri…

Dia ingin terus berlari..mencari impian yg dia sediri pun tak pasti samaada dia akan kecapi atau tidak, walaupun jiwanya tersiksa dengan segala mcm dugaan yg melanda, namun dia tetap ukir senyuman tanpa pengetahuan sesiapa kecuali yg Maha Esa…..

“biarlah aku berdiam sahaja, semoga dengan berdiam itu dapat memberi aku ilham dan pertunjuk dari yg maha Esa”… keluh azmi bersendirian, sambil matanya merenung langit yg gelap pekat…

Ya..sekarang sedang berjinak2 utk menghasilkan satu novel, hmm rsya lebih baik saya isi masa kosong saya dengan aktiviti berfaedah daripada membiarkan ianya berlalu bergitu sahaja..

images

Gambar: Hiasan

Sebenarnya saya tak tau apa yg perlu saya tulis minggu ini, jadi saya ambil sedikit petikan dari novel tulisan saya tu..elok rasanya saya bercakap tentang “bicara”…yg bersangkut paut dengan “diam” seperti saya gambarkan di petikan di atas…

Ya kdg2 dengan diam itu, pelbaigai masalah dapat kita selesaikan..dan kadang2 dengan diam juga ianya mengundang banyak juga masalah…

Hmm… seorang yg bisu tidak akan menjatuhkan aib rakannya dengan percakapannya, namun seorang yg bisu juga tidak dapat menegakkan kebenaran rakannya dengan percakapannya, itulah yg dapat saya gmbarkan seorg yg “diam” ini…

diam

Berdiam diri

Namun, banyak hadis Rasulullah (s.a.w) mengenai kelebihan org yg diam:

Barang siapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barang siapa banyak silapnya, banyaklah dosanya. Dan, barang siapa yang banyak dosanya, neraka lebih utama baginya.” (Hadis riwayat Abu Naim)

Dalam hadis lain, yg bermaksud:

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan akhirat, hendaklah ia berkata yang baik atau diam.” (Hadis riwawat Bukhari dan Muslim)

Ada pendapat memberitahu, banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik daripada orang bodoh yang banyak bercakap.

Menasihatkan orang yang bersalah tidak salah tetapi yang salah ialah memikirkan kesalahan orang…..Jadi marilah kita gunakan perkataan kita dengan sebaik mungkin..

sudahkah kita di Uji…

Tahun 2001

“Lan mu leh matrik mane?”, soal raez pd saya..

Tapi belum sempat saya menjwabnya lagi, dia menyambung

“aku leh matrik Kuala Pilah…”dia senyum melebar… matanya jelas menunjukkan kegembiraan.

Persoalan itu menyebabkan pandangan mata saya trtunduk… teringat hari sebelumnya…

melihat keputusan peperikasaan

Gambar : Hiasan

Pada skrin komputer Masukkan no Kad pengenalan dan angka giliran…ketika itu hati saya berdebar kencang bukan kepalang, ianya ibarat sumbang irama…Namun di situ saya mulakan dengan bacaan bismillah..

Setelah menekan butan “Enter”..

“Maaf Permohonan Anda Tidak Berjaya”…

sebaik sahaja melihatnya..hati terasa pilu tak terkata….ada rasa pilu melonjak-lonjak.. kesedihan itu ibarat melumpuh urat sarat utk bergerak… terasa ingin mengeluarkan air mata, jika tidak berada di Caber Café sudah tentu tertumpah jg air masin ini… ditambah pula di ketika itu saya mendapat tahu beberapa rakan saya mendapat tempat di matrikulasi…

hmm mmg betul2 kecewa dihati ini…..

Ya…saya berusaha keras untuk mencapai cita2 saya, mmg menjadi harapan ibu ayah saya itu melihat saya menjadi seorg Doktor.. namun sy tak dapat apa yg sy inginkan.. setelah abis SPM, saya tidak mendapat tawaran di mana2 Matrikulasi, hinggakan saya terpaksa masuk tingkatan 6 di SMK Sultan Sulaiman K.Trg..

Dugaan itu terasa tercalit dalam juga di hati, iye la…semua rakan2 mendapat tempat di matrikulasi, tp tidak bg saya…walaupun sy brusaha keras utknya……

ujian Allah

Gambar: Hiasan

Namun saya teringat satu ayat di dalam Al-Quran,

Allah berfirman bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami tetap akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang yang berjuang dan bersabar daripada kalangan kamu dan agar Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita mengenai keadaan kamu.” (Surah Muhammad: ayat 31)

Dan dlm satu ayat yg lain

Firman Allah lagi bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan.” (Surah Al-Ankabut: ayat 2)

Ianya membuatkan sy lebih tabah menghadapinya..

hmm namun setelah sebulan berada di tingkatan 6, saya mendapat tawaran melanjutkan pelajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di UTM…

ya setelah di pikir2kan memang benar, di sebalik Ujian Allah itu…mmg trdapat byk hikmahnya….hurm walaupn saya tak dapat jd Doktor perubatan..namun jelas Allah telah mengatur yg lebih baik utk saya..syukur kepadaNya yg maha mengetahui segala yg tersirat dan tersurat…