Apakah aku telah terpaut dengan dunia?

tegah makan

Gambar Hiasan (mkn dibulan puasa lepas)

“helo, assalamualaikum….

“wa’alaikumusalam…

“haida..ko ade mane ni?”

“aku kat rumah la, tengah buat tesis nie…hmm mimpi pe ko call aku ni, ko kat mane nie bunyi bising je..?”

“hmm aku kat kedai makan ni, dengan lan… ko free tak malam ni?..nk ajak main badminton ni?,.

“eh ko tak pergi kat “pasti” ke malam ni?..ade program kan”..

“ eh ye ke..xde pn org bagitau….eh lan! ade org bgtau mlm ni ade program ke? “ Ed sempat bertanya kepada saya walaupun perbualannya dengan haida belum lagi diputuskan…Saya hanya mengelengkan kepala..tanda tiada…agak keliru saya dengan pertanyaan Ed itu..

“hmm ade program kat pasti malam ni..ko tak datang usrah mggu lpas ek?, tu ko tak tau t u..”

a’a la..ye kot..so ko tak leh main la mlm ni nie?..”

“ tak la…abis ko dengan lan tak datang la kat pasti ni”…

“tak la..lan da tempah dewan..takpe la aku cari org lain la…hmm nt ape2 hal ko bgtau aku ok..

“..hmm ok la..”

“assalamualaikum…

“wa’alaikumusalam…

Perbualan Ed dan Haida tamat di situ,..mulanya Ed cuba mencari siapa2 yg ingin bermain badminton bersama2 kami, tapi ternyata rakan2 semuanya pergi ke program di pasti.. Cuma saya dan Ed yg tidak tahu progam pada mlm itu..

hmm ya…kami berdua mengambil keputusan tidak pergi usrah minggu lepas…saya agak sibuk untuk menghadapi perperiksaan akhir semesta sementara Ed pula sibuk menghadapi viva nya..

“So mcm mane? Kita main 2 org je ke?” Saya buat2 tanya walaupun sudah tau Ed tiada jawapan pasti untuk itu..

“Entah la, aku faiz and ko la je kot…” jawab ed..

“Hmm xpe la kita main je la..lagi pun dah tempah kan:”..sambung ed lagi..kelihatan dia kurang bersemagat sedikit berbanding sebelumnya..

Ya..Ed adalah rakan serumah saya…,seperti saya, dia juga menyambung pengajian di peringkat master dan sekarang dia sudah berada dipenghujung pengajian…Hmm malam tu saya besama dia dan seorang lagi rakan serumah (faiz) bermain juga walaupun kami tau ade program yg sepattya kami pergi…

main badminton

Gambar: Main badminton di Komplek sukan UTM

Jam 12 mlm..kami pulang bermain..

“Adus letihnya..aku gi mandi lu la…” saya bersuara…

“eh lan cer mu baca msg ni..terasa plak aku”..Ed memanggil saya tanpa memperdulikan luahan saya tadi…hmm setelah balik bermain tadi, Ed terus melihat hpnya, dan dia menerima msg dari rakan seusrah … msg tersebut berbunyi…

“Rasullulah s.a.w bersabda, “pada hari kiamat dikumpulkan beberapa kaum, Amal mereka sebesar tihamah..Namun mereka di perintahkan masuk neraka”..Sahabat bertanya..”wahai Rasullulah, apakah mereka solat?”..Rasullulah berkata, “Benar mereka solat, puasa, bahkan bangun malam utk beribadah tetapi apabila mereka terlihat dunia, lantas mereka terpaut dengannya”..

Saya membaca msg itu berkali2..terasa terkedu dan takut juga.. hmm apakah saya telah terpaut dengan dunia?..saya trtanya pada diri sendiri..hanya ucapan istifar sahaja mampu diluarkan, mohon dijauhkan dari menjadi seperti itu…

Advertisements

8 Komen

  1. kalu gitu gak.. aku meme lamo doh la terpaut dengan dunia…

    kena tanya hok hantar msg tu dulu.. apa maksud terpaut dgn dunia..

  2. btl2 peng..dia skdr bg tazkirah je tu..kawe tulis ni pn skadr nk beri prhatian kat “msg” tu ja…xsalah main,keje ke, belaja ke, cuma tkt kdg2 kita trpaut ke dunia…=p

  3. buta mata tak nampak jalan di dunia.. kerna tak ada cahaya..
    buta hati tak tahu jalan dituju..
    pejam mata la… tak yah tengok dunia…

  4. bagus tul budak yang hantar msg tu…

  5. org cakap-org celik buta matanya
    org cakap-org buta celik hatinya

  6. bagus lah ko lan..
    tahniah

  7. alotja ngan akok kedut ni pandai berfalsafah…boleh berkenalan?

  8. Salam, Bagus cerita ni… Manusia kadang2 tidak sedar akan sebuah hati yang sedang semakin mencintai dunia kan… namun, begitulah. Aktiviti harian kita juga ada pengaruh dan kesannya juga. Apa salahnya jika ‘setting’ kan ‘nawaitu’ kita molek2, kan.. keje ‘Lillah’ bermain sekadar2 ‘lillah’ kerana Nabi juga beriadah… Moga2 kita sentiasa dalam Ibadat dalam apa jua kelakuan 🙂 salam ukhuwwah.!


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s