Khusyukkah kita dlm solat?

Panas terik membahang kulit… ….teriknya seakan menyengat seluruh makhluk di muka bumi..Memijar dan merenik terasa di seluruh tubuh.. ditambah pula dgn kepanasan hati yg masih belum reda……hmmm hanya ucapan selawat dpt di alunkan .. mudah-mudahan dapat menenangkan semuanya…

ahh..hati ini memberontak lagi, pelbagai persoalan dtg di benak fikiran…knp harus dia tanya sebegitu, knpa dia harus hentam aku dengan persoalan itu….hati yg panas trusik jg dengan hasutan jahat itu…..namun naluri ketakwaan tidak mau mengalah dgn pujukn syaitan ini…. cuba jg perkuatkan diri….

presentation

Hmm ya….2 hari lepas sy telah membentangkan projek master saya.. dalam perbentangn itu mmg byk pensyarah2 tanya, ade seperti ingin memberi pertolongan pada projek sy, dan ade juga seperti ingin mencari kesalahan pada projek saya… mmg trasa agak panas hati saya..namun saya kuat kan diri untuk tidak memperlihatkannya sewaktu perbentangn itu..

Setelah selesai sesi perbentangn saya ke masjid utk tunaikan solat….harapan saya agar hati saya lebih tenang…

Setelah solat sy bersandar dijendela masjid …..”isk aku tak khusuk la..” hati saya berkata sendirian, menyesal pula saya rskan, hanya ucapan istighfar sahaja mampu di bisikan… ya hati saya masih memikirkan hal perbentangn semasa solat td.. berjaya jg syaitan ini menghasut…”lemah sungguh iman ini”…

Sy cuba mencari jwpan knpkan saya tak khusuk dlm solat…hmm dan akhrnya saya ketemu satu jwpan yg saya rasa saya tidak lakukan smasa solat itu…

Ya.. bukan senang utk khusuk dlm solat…berikut sy ambil dr petikan sorg sahabat penulis blog…

“Untuk khusuk dlm solat kita perlulah memahami dan mendalami mksud2 dalam solat..kebanyakkan umat islam terutamanya rakyat Malaysia hanya mengikut..tanpa memahami mksud2 di sebalik ayat2 dalam solat…”

solat-1

Hmm setelah sy terbaca petikan ini, sy rasa saya perlu berkongsi dgn shabat2..Adalah sangat perlu utk kita faham dengan teliti semua bacaan2 dalam solat..dan InsyaAllah mudah2an ianya dapat membantu kita lebih khusuk dlm solat…

Layarilah blog: http://aisyahhumairahikram.multiply.com/journal/item/79, utk mengetahui maksud2 dlm bcaan solat…atau taip sahaja di google “terjemahan solat”

Sama2lah kita meningkatkan kualiti solat….=p

Advertisements

Apakah aku telah terpaut dengan dunia?

tegah makan

Gambar Hiasan (mkn dibulan puasa lepas)

“helo, assalamualaikum….

“wa’alaikumusalam…

“haida..ko ade mane ni?”

“aku kat rumah la, tengah buat tesis nie…hmm mimpi pe ko call aku ni, ko kat mane nie bunyi bising je..?”

“hmm aku kat kedai makan ni, dengan lan… ko free tak malam ni?..nk ajak main badminton ni?,.

“eh ko tak pergi kat “pasti” ke malam ni?..ade program kan”..

“ eh ye ke..xde pn org bagitau….eh lan! ade org bgtau mlm ni ade program ke? “ Ed sempat bertanya kepada saya walaupun perbualannya dengan haida belum lagi diputuskan…Saya hanya mengelengkan kepala..tanda tiada…agak keliru saya dengan pertanyaan Ed itu..

“hmm ade program kat pasti malam ni..ko tak datang usrah mggu lpas ek?, tu ko tak tau t u..”

a’a la..ye kot..so ko tak leh main la mlm ni nie?..”

“ tak la…abis ko dengan lan tak datang la kat pasti ni”…

“tak la..lan da tempah dewan..takpe la aku cari org lain la…hmm nt ape2 hal ko bgtau aku ok..

“..hmm ok la..”

“assalamualaikum…

“wa’alaikumusalam…

Perbualan Ed dan Haida tamat di situ,..mulanya Ed cuba mencari siapa2 yg ingin bermain badminton bersama2 kami, tapi ternyata rakan2 semuanya pergi ke program di pasti.. Cuma saya dan Ed yg tidak tahu progam pada mlm itu..

hmm ya…kami berdua mengambil keputusan tidak pergi usrah minggu lepas…saya agak sibuk untuk menghadapi perperiksaan akhir semesta sementara Ed pula sibuk menghadapi viva nya..

“So mcm mane? Kita main 2 org je ke?” Saya buat2 tanya walaupun sudah tau Ed tiada jawapan pasti untuk itu..

“Entah la, aku faiz and ko la je kot…” jawab ed..

“Hmm xpe la kita main je la..lagi pun dah tempah kan:”..sambung ed lagi..kelihatan dia kurang bersemagat sedikit berbanding sebelumnya..

Ya..Ed adalah rakan serumah saya…,seperti saya, dia juga menyambung pengajian di peringkat master dan sekarang dia sudah berada dipenghujung pengajian…Hmm malam tu saya besama dia dan seorang lagi rakan serumah (faiz) bermain juga walaupun kami tau ade program yg sepattya kami pergi…

main badminton

Gambar: Main badminton di Komplek sukan UTM

Jam 12 mlm..kami pulang bermain..

“Adus letihnya..aku gi mandi lu la…” saya bersuara…

“eh lan cer mu baca msg ni..terasa plak aku”..Ed memanggil saya tanpa memperdulikan luahan saya tadi…hmm setelah balik bermain tadi, Ed terus melihat hpnya, dan dia menerima msg dari rakan seusrah … msg tersebut berbunyi…

“Rasullulah s.a.w bersabda, “pada hari kiamat dikumpulkan beberapa kaum, Amal mereka sebesar tihamah..Namun mereka di perintahkan masuk neraka”..Sahabat bertanya..”wahai Rasullulah, apakah mereka solat?”..Rasullulah berkata, “Benar mereka solat, puasa, bahkan bangun malam utk beribadah tetapi apabila mereka terlihat dunia, lantas mereka terpaut dengannya”..

Saya membaca msg itu berkali2..terasa terkedu dan takut juga.. hmm apakah saya telah terpaut dengan dunia?..saya trtanya pada diri sendiri..hanya ucapan istifar sahaja mampu diluarkan, mohon dijauhkan dari menjadi seperti itu…

Apakah Pergorbanan yg paling besar??

Panorama pagi sungguh menenangkan jiwa….laut saujana mata memandang…ombak beralun pelahan menghempas pantai, sinar matahari kemerah-merahan menghilangkan sejuk pagi dengan pelahan-lahan di serta pula dengan ciuman angin yg lembut gelemai…

Hmm sungguh tenang rasa hati ini…

ketenangan pagi

Gambar hiasan

…. Ketenangan itu, mengamit hati saya kepada kebesaran yg maha Esa, bertapa kerdilnya diri ini, “seseunguhnya tiada yg layak disembah melainkanMu ya Allah”..hati saya berkata bersendirian..

Ya..selalunya sewaktu cuti semesta universiti, selalu juga saya pergi berjogging dan bersenam …hmm biasanya setelah solat subuh dan membaca Quran saya akan bersiap dan terus ke kawasan rekiasi di Masjid Terapung.. kawasan tesebut memang sangat sesuai untuk menjalankan aktiviti senaman dan mencari ketenagan..

Teringat saya pada suatu pagi…..

Saya mnarik nafas dalam-dalam kemudian menghembusnya pelahan-lahan, saya ulangi perlakuan itu berikali-kali…..terasa sangat menyegarkan, dengan udara yg masih nyaman itu..kemudian saya mengatur langkah dan terus berlari perlahan2..sambil melihat ketenangan alam…

Terlihat saya sepasang suami isteri, yg juga sedang berjogging..umur mereka kelihatan telah di akhir usia, tapi kemeseraan mereka berdua menambah ketenangan di jiwa… saya terseyum sendiri melihat perilaku meraka berdua…bergitu mesra sekali..:)

Peluh sedikit-sedikit membasahi dahi..namun keletihan tidak pula saya rasakan,..dikala itu saya terlihat sesuatu disebalik batu..

“ eh macam ade org je”..hati saya bersuara, dengan pantas saya menjeguknya..

Terkejut saya, apabila melihat seorg sahabat saya sedang tidur di situ…” Eh mat!, mat!”…saya bersuara sambil menggerak-gerakkan kakinya…

“hhmm..” dia bangkit pelahan-lahan, dia kelihatan agak terkejut…

“eh mu wat de ni..bakpe tdr cni?” tanya saya tidak sabar ingin mengetahui apa yg berlaku padanya..

“ eh mu jogging ke?” jwb mat sambil mengosok-gosok mukanya, dia tidak menjawab soalan saya, namun berkalih dengan soalannya pula…

“ aa.. bakpe mu ni?” saya masih bertanya soklan yg sama, mungkin kerana tak puas hati lagi..

Mat membisu, tanpa menjawab soalan saya…Saya menarik nafas halus, agak kecewa sedikit kerana tidak diberi jwapan..”mcm ni, jom kite gi minum lu kat kedai depan tu”..

Mat menganguk sahaja..saya mempelawanya untuk menumpang saya…

Dalam perjalannan ke kedai tu, akhirnya mat menceritakan kisah sebenarnya…

Rupa-rupanya dia ni baru sahaja putus cinta, dia kecewa apabila org yg dia sayangi hanya menganggap dia sebagai teman biasa sahaja..

putus cinta

“ dia ade pakwe doh rupanya, dia dok kabo pun ke aku, dia layang aku mcm pakwe…aku ingt dia nk ke aku la…tp rupanya dia anggap aku mcm kwn2 ye yg lain jer”..itu la luahan si mat..

Setelah sampai di kedai, mat masih menyambung ceritanya..” banyak doh aku berkorban demi dia, aku dok sanggup nk tinggalkan dia la lan…” kesedihan terpancar di wajah mat..

saya sekadar mendengar..tidak tahu apa nasihat yg harus saya berikan…

namun akhirnya saya bersuara juga… “hmm mcm ni la mat..kita berdoa je la ye mat..urusan jodoh ni semua adalah urusan Allah yg maha Esa, kalu mu ade jodoh ngan dia InsyaAllah, Allah akan pertemukan juga”…

setelah pulang, saya bertanya ada diri saya…”Pergorbanan apakah yg lebih besar, dari pergorbaanan di jalan Allah” adakah kita sanggup berkorban demi manusia sahaja?..renung2kan

Siapakah yg aku cinta?

“Lan… bangun…boleh kamu berikan maksud ibadah?” Soal ustaz Alias.. setelah seorang demi seorang kawan2 saya di soal, akhirnya tiba juga gliran saya…

Saya berdiri pelahan-lahan sambil menjawab“Erm.. Taat dan patuh kepada Allah, ustaz.”

Ya..Itulah jawapan yang saya berikan semasa masih berada di bangku sekolah dahulu. Ketika itu saya berada di tingkatan 5 Delta SMK Bandar…jawapan yg agak skema kn…J

Ya..dalam byk kitab atau bahan bacaan, ibadah itu bermaksud taat dan patuh… Humm kenapa perlu taat dan kenapa perlu patuh kalau tiada sebabnya ya? Dan apa sebabnya sampai kita kena solat, kena berdoa?……..sdh tentu ade jwpannyakn..

Satu ketika dulu saya pernah btanyakan kepada seorang sahabat tentang soalan itu, dan jawapannya, “Eh.. solat tu wajib, mu kene solat la..”

“Kenapa pulak wajib?” Soal saya balik. Dan kawan sy itu terus terdiam.

Kemudian dia menjwab…“Dah ibadah wajib, jadi wajiblah!”

Dan yang pasti jawapan itu tidak memuaskan hati saya pd saat itu. …ya..kita sering mengatakan ibadah itu adalah taat dan patuh tetapi tidak berapa mengendahkan apa itu taat dan apa itu patuh… kita sekadar megikut tanpa meneliti apakah yg menyebabkan solat itu wajib…

Humm..sejak dari itu, saya tercari2 buku2 dan cuba memahmi apakah yg dimaksudkan dengan ibadah itu…….

Alhamdullilah, saya rasakan dapat memahami sedikit demi sedikit……ternyata bergitu byk kelebihan dalam solat, sehiggakan kita sediri xdpt bygan…solat memberi kita ketenangan, kesihatan, bersemagat dan sebagainya….Namun, itu semua terjd apabila kita memahami apakah itu ibadah dengan sebenarnya….

Saya terbaca satu petikan daripada tulisan Ibnu Qayyim. Maksud yang beliau berikan terlalu mudah. Ibadah itu adalah cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Membaca maksud ibadah yang diberikan oleh Ibnu Qayyim membuatkan saya berfikir panjang. Hati saya bersuara” Ibadah adalah cinta? Berkasih-kasihan dengan Tuhan?”

Ya..apabila sy renung2kan, mmg btl la kata2 ibnu Qayyim tu….humm pernahkah terdetik dalam hati kita rasa cinta kepada orang lain? Bagi sesiapa yang pernah, mereka tentu faham bagaimana keadaannya……Hurm. Sampaikan kita sanggup buat apa sahaja. Setiap saat asyik teringat tentang si dia. Apa yang dia larang, kita cuba sebaik mungkin untuk tidak melanggarinya. Dan apa yang dia pinta, selagi boleh kita cuba usahakan untuk dapatkannya…

Sehinggakan kalau ada orang lain cuba menunjukkan sedikit kemesraan kepada si dia, kita sudah berasa terlalu cemburu. Lantas kita cuba memberikan yang lebih baik lagi.

Jadi, itulah yang dimaksudkan oleh Ibnu Qayyim tentang maksud ibadah. Ibadah adalah cinta. Kalau cinta kepada manusia kita sudah menjadi terlalu gila seperti itu, sepatutnya cinta yang seperti itu kita sandarkan kepada Allah…Ya memang ada orang kata rasa cinta sesama manusia itu tidak salah. Tetapi cuba kita tanya diri kita sendiri adakah rasa cinta kita itu melebihi rasa cinta kepada Allah…..

Ya…Ibadah adalah cinta. Dan itulah yang pasti. Kalau kita lebih mencintai si dia melebihi rasa cinta kepada Allah, itu bermakna kita melakukan ibadah kepada sesuatu yang lain. Bukannya ibadah kepada Allah…Hmm… Kalau ibadah kita sudah terarah kepada sesuatu yang lain, apa maksudnya?..fikir2kan..