Masa itu kehidupan?

maaf ana tak dapat dtg la usrah malam nie, banyak sgt tugasan yg perlu di siapkan” …saya membacanya sekali lagi apa yg tertera di skrin hp saya ssetelah menulisnya..dan kemudian saya menekan butang send..

Bib..bip..sekitar 2 jam selepas itu hp saya berbunyi..msg diterima dari rakan seusrah..” ok tak pe, semoga dipermudahkanNya..”

usrah

Saya termenung seketika, saya terfikir sejenak….”adakah betul tindakakn aku tak pergi usrah nie…ye la aku buat kerja..tp ade jg lalai ke lain..pening2 buka friendster la, chatting la..alangkah baiknya kalau masa yg aku pening2 tu aku ganti pergi usrah”..dalam hati saya mengeluh, merasa mnyesal pula tak pergi usrah..

Ya..tu la kadang-kadang saya tersilap membuat pertimbanagn, terasa menyesal dengan tidakkan yg saya buat tu..harap2 saya dapat memperbaikinya dari masa ke semasa..

Hmm..tp saya percaya, pekara ini sentiasa berlaku dalam kehidupan manusia..iyalah kita sebagai manusia sentiasa melakukan pekara yg kdang-kdang tidak betul..tanpa pertimbangan akal dan rujukan yg betul sudah tentu kita membuat tidakkan yg kurang tepat…

Hhmm..sebenarnya di sini saya nk bercakap tetang “masa”…..ya la saya tak pergi usrah dgn memberi alasan “masa”..

demi masa

Kadang-kadang kita leka, dibuai kehidupan dunia..kita sgt sibuk berkerja..belajar..dan sebagainya, dan dalam masa yg sama kita tinggalkan masjid..kita tiggalkan usrah, kita tinggalkan ukhwah dan sebagainya, hanya semata-mata kerana dunia… hmm tp di sini saya ingin menegaskan tidaklah salah kita mengejar itu semua, kerana ianya sebahagian tuntutan dalam Islam..namun janganlah sesekali kita melupai Allah yg Esa….

Benarlah Firman Allah S.W.T bermaksud: “Demi masa sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian kecuali orang-orang beriman dan beramal soleh dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.” ( Surah al-Asr: 1- 3 )

Ya..kita pernah mendengar ‘masa itu emas’..tp sekarang saya rasa sebenarnya masa itu kehidupan dan jgn dilupa akhirat juga memerlukan masa….tak perlulah kita mengejar emas sahaja..kerana emas akan kita tinggalkan buat selama-lamanya apabila kita meninggal dunia.. renung2kan..:

Doa perpisahan

Saya berseorangan sahaja di rumah minggu ni.. terasa sungguh sunyi sekali.. Hmm semua ahli rumah ade yg balik kg, ade juga yg ade program masing2.. Betul lah kata org bila kita sunyi, org2 yg kita syg selalu muncul sahaja disebalik tabir…

Di kala itu muncullah rakan2, kg halaman, dan org yg sy sygi…hmm kalau lah tiada tugasan, hendak sahaja ikt kata hati balik saja… hmm maka disaat kerinduan itu, saya lekas2 lah menekan butang hp.. tertera nama “mak” ..kemudian saya menekan butang call….

Hmm ya terlepas la kerinduan sementara kepada keluarga di kampong…

Kalau semasa mengambil ijazah pertama dulu, saya takde pula terlalu pikir seperti ini..

Hmmm ..yalah..dulu semasa mengambil ijazah pertama, ramai teman2 , rasa sunyi2 sikit..sahabat2 la menjadi teman berbicara..

Terkenang saya saat-saat dulu tu…hmm kami ibarat satu keluarga yg besar,..bersaing bersama, berkerja bersama, bermain bersama….dan menyelesaikan masalah pun bersama2..

“ Eh lan…mu keje mane sekarang?” tanya azhar, sambil senyum..dia cuba meniru loghat terengganu, kerana saya agak biasa menggunakan perkataan “mu’ tu apabila bertutur dengan rakan2 saya…

Ketika itu..kami semua berkumpul untuk konvo ijazah sarjana muda..kalu tak salah saya pada 19/8/2007.. ya azhar adalah antara salah seorg rakan saya yg btanya kn soalan itu…semua bercakap tentang kerja…hmmm dan saat itulah kali terakhir kami satu kumpulan bersua bersama2..

Sekarang mereka semua ada kehpn masing2..semua berjaya2 belaka.Rasanya tiada seorg pun yg trcicir dr mendapatkn kerja selepas grad tu….Alhamdullilah syukur pda Allah…

hh..saya rindu benar2 pda sahabat2 semua… hanya doa perpisahan dapat saya luahkan….

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku ke hadrat ilahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Ku tetap pergi jua

Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya ALLAH bantulah hambaMU

Mencari hidayah daripadaMU
Dalam mendidikkan kesabaranku
YA ALLAH tabahkan hati hambaMU
Di atas perpisahan ini

Teman, betapa pilunya hati
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga ALLAH memberkati persahabatan kita
Teruskanlah perjuangan ini

Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya ALLAH bantulah hambaMU

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga tuhan berkatimu

Semoga kita semiua dapat berkumpul lg bersama2…Luv u all..

Adakah kita sempurna???

‘Kenapa aku tak dapat apa yg aku ingin..miskin aku telah berusaha keras untuknya’.. apakah ini hukuman!!! apakah salah ku!!!.apakah yg membuatkan Engkau tidak menerima permintaan ku ini’…

Keluhan itu sering bermain di fikiran manusia,…dalam era sekarang manusia terdedah dalam pelbagai masalah;, masalah belajar, msalah kewangan, masalah percintaan, masalah perniaagaan dan sebagainya…hmm tapi alangkah jahilnya kita jika keluhan itu terhembur dibibir dan hati kita.

Ingatlah sesuatu yang datang kepada kita itu adalah Ujian daripadaNya..tidak kira ianya kegembiraan, kesunyian, kesedihan …kesengsaraan..

Dan ingatlah juga apabila Allah cepat makbulkan doa kita, maka ianya sebagai satu tanda yang Dia menyayangi kita…dan apabila Dia lambat makbulkan doa kita, maka sebenarnya Dia ingin menguji kesabaran kita…hmm dan apabila Dia tidak makbulkan doa kita, bukan lah bererti Dia tidak menyayangi kita tapi Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Namun adakalanya permintaan kita tidak dimakbulkan kerana dosa-dosa yg kita lakukan….malah kita sediri beranggapan kita adalah yg terbaik..tanpa menyedari dosa2 kita..

“hmm aku dah solat, aku dah puasa, dan semua kewajiban aku telah tunaikan,..pasti sekali Allah akan memberi kepda ku tempat yg sempurna”….” Isk jijiknya penagih tu, Allah pasti menghukumnya”…ini adalah persaan-perasaan yg selalu menghuni pemikiran kita…

Hmm,..di sini saya ingin berkongsi satu cerita…diharap ianya menjadi renungan kita bersama………………

Kita pernah lihat katak yg terjelir lidah mati kerana dilaggar kereta..

Kita beranggapan bertapa buruk dan hina rupanya yg menggerutu dan kematianya tidak berguna sesen pn…

Hmm tp janganlah bergitu.. Katak itu mati dan menjadi tanah, tidak ada perhitungan amal dan tidak pula dipertanggujawabkan oleh Allah ats segala yg berlaku ke atasnya..

Jadi adakah kita masih merasa aman dan senang hati untuk mendabik dada merasa kita lebih mulia dari seekor katak??

Kita pun pernah terdengar, penjenayah yg terhukum mati, pada kita bertapa jahatnya mereka dan hinanya mereka.

hmm tp jgnlah bergitu…Bukankah mereka telah tahu bila datangnya ajal mereka..lalu mereka bertaubat bersungguh-sungguh dan Allah menerima taubat mereka..Kerana bukankah Allah itu maha penerima taubat…??? Lalu mereka mati dalam keampunanNya..

Sedangkan kita tak pernah bertaubat bila datangnya kematian, dan berasa senang bahawa esok masih milik kita.. lalu kita tidak beramal dan menangguh bertaubat….Lalu ajal pun datang…Dan kita pun tak pasti adakah kita dalam keampunanNya atau tidak..

ya..Masihkah kita merasa sangat mulia dari seekor katak dan seorang penjenayah sekarang??? tylah diri samaada kita sempurna atau tidak..

itulah,,,kadang-kadang kita tidak sedar kita telah melakukan dosa, kita beranggapan diri kita adalah yg hambaNya yg terbaik,…..mohon dijauhkan sama sekali dari perasaan bergitu… sama2 lah kita sentisa memohon keampunan kepadaNya..semoga doa kita dimakbulkan olehNya dan semoga kita setiasa dalam rahmatNYa. Dan yg  plg penting Ikhlaskan lah diri, dan aggaplah segala perbuatan kita adalah untuk kehambaan kepadaNya…

Hari raya eratkan silaturahim

Best betul raya nie..sampai terasa bergitu singkat hari berlalu, hari ni da hari ke-7 bulan syawal..

Ya..mmg trsa sungguh sekejap cuti raya kali ni…tak puas lagi berada di rumah dah kena kembali semula ke universiti…kalau iktkan hati hendak sahaja saya poteng kelas minggu ini, tp diolehkerana memikirkan tanggungjawab, terpaksalah saya akur juga kehendak itu…

Tringin rasa berkongsi cerita raya d kampong…

Lan tolong mak bungkus ketupat tu..duk tengok je dari tadi bukan leh ape”..kate kakak saya kepada saya, setelah melihat saya agak leka melihat ibu kesayangan saya buat ketupat.

‘ dok pandai la kak da…takdi mak ajo doh..dok reti2 gok” saya menjawab ,sambil tersenyum.

‘ senang je tu, tengok kak da buat nie” pintas kakak saya sambil mengambil daun palas dan menunjukkan cara membuatnya.

dok payah ajo2 la da oi…., nun gi tolong abg2 mu buat sate nun’ jawab ibu saya dengan menunjukkan wajahnya ke luar rumah…

asyik membuat sate ( sehari sebelum raya)

Saya ketawa bersahaja..dan kemudian terus bingkas bangun pergi keluar rumah melihat abg2 dan anak2 sedara sy yg sedang asyik membuat sate..

main2 je dorg nie (sehari sebelum raya)

Di halaman rumah pula, kelihatan anak2 sedara yg comel2 tu sedang asyik bermain…suka benor nampak dorg ni..sekali2 sy suke juga mengusik diorg ni..he.

keuarga (hari raya)

Di pagi raya, seperti biase kami bersalam-salamman antara satu sama lain,wajah-wajah ari ni nampak semuanya gembira2 belaka.. yg pasti ank2 sedara saya la org yg paling gembira..

Sape nk duit raya, cepat beratur’…suara sy sambil terseyum meleret…

Seretak dengan itu, berderet la dorag ni…mengulurkan tanggan..he..

nk duit raya ( hari raya)

Hmmm…byk juga saya abis duit tahun ni, maklumla, saya dan adik sahaja yg belum berumahtangga..maka segala urusan rumah terserah pada kami berdua….hmm namun saya rasa puas dan gembira sekali kerana dpt memeriahkan raya thn ni…J

Di hari raya ke 2-4 saya tak lekang d rumah..pergi beraya aje, ade tu sampai mlm baru balik..he, namun ade juga rumah sahabat2 saya yg tak sempat saya lawati..harap maaf kepada sabahabat2 ye..InsyaAllah kalau ade kesempatan saya akan pergi semuanya..

alumni smkb (raya ke-4)

Di hari raya ke 4, seperti biasa, saya akan mengendalikan jamuan hari raya untuk alumni sekolah menengah Bandar.. namun saya agak terkilan pada tahun ni, kerana tak ramai sahabat2 yang datang…hmmm yela, mungkin dorg semua sibuk dan mungkin ade yg telah pulang kerja.. hmm cuma saya harap, kita akan terus menjalinkan ukhwah antara kita semua, semoga hidup kita lebih di berkatiNYa…Sekian, Salam Aidilfitri.