Salam Lebaran

Salam lebaran..

Ketika meniti diakhir pertemuan dengannya..
Tersingkap dfikiranku
Apakah aku telah memenuhinya dengan keberkatannya..
Hati sepi tanpa jawapan..
Bila di renung-renungkan rasanya tidak cukup lagi!
Adus..hatiku merintis kesedihan..
Sempatkah lagi aku berjumpa dengannya..?
Sempatkah lagi aku mecium harumannya..?
Dan sempatkan lagi aku memelukinya..?
Nafas aku tarik dalam-dalam…Tiada jawapan yang pasti dari hatiku..
Terasa sedih menghiba..
Hanya dengan harapan
Dapat aku isi bakinya dengan sepenuh hatiku
Dan ku berharap juga dapat berjumpa, mencium, dan memeluknya lagi..
InsyaAllah…

Namun cahaya di hadapan tidak sabar juga aku nantikan
Terasa ingin memengangnya erat2 supaya masa itu tidak berlalu..
Saat itu la, bnyak dosa-dosa di maafkan
Ya…aku kepigin sangat menemuinya juga..

Wahai Ramadhan yg bakal kutiggalkan..
Semoga kita berjumpa lagi ditahun hadapan..
Semoga segala amalan di terima olehMU..

Wahai syahwal yg bakal menjelang..
Selamat dtg aku ucapkan..
Semoga aku dapat teruskan amalan di bulan Ramadhan..
Dan ku susun jari memohon kemaafan….

Salam Aidilfitri buat semua

Maaf Zahir dan Batin


Ikhlas dari…Mohd Azlan Musa

Advertisements

Adakah penyakit yg lebih besar berbanding cinta?”

Gamabr: Hiasan ( tiada kene mengena dengan penulisan)

Ketika membaca berhampiran perpustakan…saya secara tak sengaja terdengar perbualan dua orang insan…

Kelihatanya, dua sahabat ini, orang yg baik2 sahaja….

agaknya apakah yg aku harus lakukan, apabila dia yg ku cinta selalu menjauh dariku dan engan bertemu denganku?rasanya biarlah aku sabar sahaja….” Tanya si B pada si A..

“ aku fakir kau perlu terus `berusaha menemuinya,meskipun ia tidak mahu bertemu denganmu.”Jawab si A

“ Ya benar. Tapi Aku tidak setuju dengan mu. Aku akan lebih mementingan cintanya berbanding cintaku.Aku akan lebih menghargai keinginannya berbanding keinginanku. Aku akan sabar menanti, meskipun sabar itu akan membawku mati.” Jawab si B.

Si A menyelarnya, “ kalau aku mencintai seseorang demi kebaikanku sendiri. Aku tak akan mencintai kenyakinan dan tabiat asalku. Aku hanya akan mengikuti cinta yang mendatangkan kebahagian diriku. Itulah jalan yang akan aku tempuh dalam cinta”

Si B menyahut,” pendapatmu itu lazim ada nya, mengikuti pendapatmu itu lebih kejam berbanding kematian, dan sangatlah memberatkan hati.”

kalau kau paksakan dirimu, itu sama halnya kau dalam keadaan terpaksa. Kau tidak rela dengan pilihanmu yang sebenarnya, dan jika kau boleh membebaskan dirimu dari segala paksaan. Nescaya kau menemuinya atas keinginanmu sendiri, jika tidak nescaya kau akan kecewa. Kau telah membinasakan dirimu sendiri. Kau telah mendorongnya dalam lembah kematian”. Si A menjawab lagi.

Si B menyahut, “ kau ini sungguh suka berdebat. Ketahuilah, sesungguhnya tak ada yg boleh diperdebatkan di kala berbicara tentang gelora cinta.”Bagaimana kalau ia yg sedang jatuh cinta malah sakit kerana cinta?”tidakkah segala pergorbanan  dia lakukan  utk yg dicinta?”

Perbualan mereka tidak tamat disitu, namun saya tak ingin melanjutkannya…cuma dalam hati saya bertanya…“ Adakah penyakit yg lebih besar berbanding cinta?”

Pengajaran dari Bencana

Tiga gempa besar gegar Asia
TOKYO: 2 september 2008 .Tiga gempa bumi berskala besar menggegarkan Asia, semalam sehingga mencetuskan amaran tsunami di pantai utara Jepun dan Indonesia menyebabkan ribuan penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi.
Selain itu, satu gempa bumi dilaporkan melanda selatan Iran iaitu di lokasi sama yang mengorbankan tujuh penduduk dan 45 lagi cedera dalam bencana itu, kelmarin.

Itu adalah berita yg tertulis di dada akhbar hari ini,…ya kian hari kita selalu dengar mengenai bencana alam..Apakah hayat bumi kita dah dekat???Persoalan itu hanya Allah yg tahu, namun tanda2 nya itu sudah jelas sekali…

Teringat sy kepada bencana tnumai yg melanda Aceh pda tahun 2004, di mana dalam peristiwa tersebut kematian mencecah hampir 300,000 orang. Gempa bumi yang berlaku di dasar laut Aceh pada 9 skala Richter pada 8.58 pagi 26 Dis 2004 itu telah menghasilkan ombak tsunami berhalaju 800 km/j dan setinggi 10meter hingga 35meter yang menghentam penduduk dunia, terutamanya di Aceh.

Ada kalanya bencana alam itu terjadi akibat tangan manusia. Banjir, tanah runtuh dan kesan rumah kaca sering terjadi kerana manusia merosak hutan dan memotong pokok kayu tanpa perhitungan..

Hal itu dengan tegas disebut Allah dalam al-Quran. Firman-Nya bermaksud: “Telah terjadi pelbagai kerosakan dan kebinasaan di laut dan darat diakibatkan kerana perbuatan tangan manusia itu sendiri.” (Surah al-Rum,ayat 41).

Ya apa yg saya ingin ceritakan dlam penulisan kali ni adalah,…Hmm apa yang dapat dilihat daripada peristiwa bencana alam, manusia tidak dapat berbuat apa-apa apabila bencana datang, manusia mesti akur dan menginsafi bahawa kekuatan akal, fikiran dan usaha manusia sangat terbatas berbanding kebesaran dan kekuasaan Allah. Dan kita perlulah yakin bahawa saat yg dijanjikan Allah itu bakal tiba, dengan tanda2 tersebut…

BerusahaLah

Tahun 1995.

Teringat saya sewaktu saya berada di darjah 5 di Sekolah Rendah Kebangsaan Gong Tok Nasek K.Trg . ketika itu saya berada dalam kelas yang paling belakang, 5 Tanjung.Hmm..seingat saya, saya berada di kedudukan ke 28 dari 32 orang pelajar di kelas terakhir itu.

“ eh woh getoh mende nie?” ty faizal kepada saya

“ cik roozak ni” jawab saya dengan bangga..

“eh betul dok mu nie, cee nk tegok jap” Tanya faizal tak pecaya

Serentak dengan itu saya menghulurkan buah getah yang saya bawa ke sekolah itu kepada faizal..sambil senyum meleret..

“ eh betul ar, mu cari mane ni?, aku nok gok..” faizal teruja ingin mengetahui dimana saya mendapatkan buah getah cik roozak tu..

Buah Getah

Hmm..memang buah getah itu adalah buah getah yang paling bagus untuk dilaga-lagakan….ya dulu melaga-lagakan buah getah adalah salah satu permainan saya sewaktu kecil. Bukan itu sahaja, bermain wau, mandi sungai, serkap ikan, lastik burung adalah aktiviti harian saya setelah balik sekolah…

Agak teruk bunyinya kan, saya pun tak percaya bila terkenang saat2 dulu itu..Saya langsung tidak tengok buku setelah balik sekolah dan setiap minggu pasti saya di denda oleh guru kelas kerana tak menyiapkan kerja sekolah…nah hasilnya saya memduduki tangga yg agak tercorot di kelas yg terkebelakang…

Tahun 1996

Ketika tahun ini, saya rasa saya mula mengenal dunia sebenar, mungkin sebelum tu saya masih kanak-kanak, sebeb itu saya hanya turut kata nafsu main sahaja,,,,

Ketika ini saya mula melihat buku, membaca menjadi amalan harian saya…namun saya masih berada dikelas tercorot iaitu 6 tanjung..tp ketika peperiksaan penggal pertama saya berada di kedudukan pertama di kelas itu..

“lan awak pergi kelas kenanga ye” arah cikgu azmi kepada saya..

Kelas kenanga adalah kelas kedua di sekolah itu, disebabkan keputusan saya yg agak baik ketika peperiksaan penggal pertama, saya diarah cg azmi untuk tukar kelas.

Saya menggeleng kepala tanda tidak setuju…

Serentak cg azmi bertanya“kenapa?, kelas tu bagus lagi”

Saya tunduk dan berdiam diri tanpa kata apa-apa..

“hmm …tak pelah kalau awak taknak,tapi sy nk awak akan terus dapat keputusan yg baik…” cg azmi berkata sambil menarik nafas panjang..

Dalam hati saya lega, kerana cg azmi memahami saya..saya tau kelas kenangan lebih bagus, tapi bagi saya walaupun bagus tanpa rakan-rakan karib..ianya tidak bermakna juga..

Ya ..ketika sy darja 6, saya berusaha dgn bergitu gigih untuk menghadapi UPSR, hasilnya saya mendapat keputusan yang lebih baik dari sebelumnya..Hinggakan keluarga saya tak percaya saya dapat masuk ke Sekolah Men Bandar, iaitu sekolah harian pilihan ketika itu..

Belajar

Sekarang 2008

Saya masih mencari ilmu, di UTM, mengambil master mechanical.. saya berusaha bergitu gigih untuk mencapi tahap ini. Bukan ingin berbangga..tapi saya menceritakan ini adalah dengan harapan ianya dapat menjadi pengajaran kepada adik2 atau siapa jua..Tanpa Usaha Segala Impian tak Mungkin Menjadi Keyataan”

Berusahalah untuk BERJAYA.
Aku berjalan tanpa sempandan,
Teringin aku mengelilingi cakerawala,
Aku gagahi kurniaan trbesarNya, untuk terokai
Aku kuatkan hati, agar kekuatan tidak luntur

Sungguh! tidak aku inginkan selain keredaahNya
Sungguh! tidak aku kuartiri jika berada dalam jagaaNYA

Ya, Bukan sanjungan dan pujian yg ku kerjai
Sekadar memahami dan ingin mempelajari
Hingga kini aku kian hampir mencapai
Segalanya dari satu gelora

Bilamana gelora itu datang
Ia ibarat kompolan-kompolan awam
Pergi tapi berganti lagi
Tanpa segelora usaha itu
Semuanya bukanlah apa2..
 Dari ;Azlan(4/9/08)

UTM

Vodpod videos no longer available.

more about “UTM“, posted with vodpod
saya terpanggil untul meletakkan video dalam blog sy. setelah seorang pembaca setia  blog ini, mencadangkan nya.. jd saya cube buat la yg terbaik. harap video ini adalah sebagai pembakar semaagat kepada adik2 atau sape sape yg ingin menyambung pelajaran di UTM..