Ramadhan kembali lagi

Sewaktu belasan tahun…

lan o lan…bangun2 nak abih waktu sahur doh ni…” dengan nada seorang ibu yg penyayang….

hmm..ye bangun la ni”..saya menjawab malas, seketika kemudian saya kembali menutup kepala dengan bantal…

sementara itu mak saya pergi mengejutkan abg2dan adik saya..

setelah melihat saya masih dikatil, bapa saya pula mengejutkan saya,

“eh lan bangun, lewat doh nie!…” nada nye agak tinggi..

Tubuh saya bangun lambat2 …sambil meggosok mata…

mungkin agak takut dengan suara bapa, saya terus bangun tanpa menjawab apa2…J

setelah membasuh muka, saya dan semua ahli keluarga berkumpul di hadapan hidangan yang telah disediakan oleh mak…mak memang org yg paling awal bangun jika di bulan ramadhan ni, jam 4 pagi lagi mak bersiap2 utuk menyediakan hidangn untuk ahli keluarga, … besar sungguh pergorbanan mu oh Ibu Ku..

sewaktu makan, tak banyak suara yg kedengaran…semua makan dengan tidak bersemangat dan mengantuk, kecuali mak yg sentiasa berseolorong, kadang2 mak makan pun dengan sangat berselera…. Itu la ibu saya, walaupun letih, dia selalu membuatkan kami sekeluarga gembira…Semoga Allah memberi Rahmat yg paling tinggi atas pergorbanannya pada kami sekeluarga..:)

lepas makan ni, jgn lupa niat puasa” bapa saya bersuara seketika, setelah habis nasi di pinggannya..bapa saya, seorang yg agak tegas, namun dalam jiwa nya saya percaya mmg trdapat sifat penyayang..:

Ya bergitu la permulaan puasa saya dari hari kehari sewaktu belasan tahun dulu… kini saya terpaksa berpuasa berjauhan dengan keluarga.. terasa sedih juga…terkenang saat2 indah di waktu bulan ramadhan itu di kampong dulu .

terasa Rindu nak makan sahur sama2…terasa .Rindu nak dengar mak kejutkan saya bangun dengan suara yang perlahan dan lembut tu….terasa juga Rindu nak makan masakan mak…(hati saya meraung nk balikkk!!!..hehe)

Semperna bulan ramadhan yg bakal menjelma ini saya nk ucpkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak, semoga kita dapat mendidik nafsu kita dengan nafsu mutmainnah..

Juga saya ingin memohon keampunan kepda semua sahabat2 semua jika ada sebrang kesalahn dan kekurangan..

Advertisements

Kata2 Hikmah..

Maaf kepada sahabat2…waktu sekarang agak singkat saya rasakan, tak sempat nk tulis blog pjg2..Hmm tp sy cuba la juga buat yg terbaik..

Hmm terdetik dalam hati saya untuk berkongsi dengan semua sahabat apabila membaca kiriman email dari seorang shabat saya.. tajuknya berbunyi, “mmakanan yg menarik erm“.. berikut adalah emailnya:

Hanya Ingin Mengingatkan ….

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2.
Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3.
Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4.
Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5
. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
“Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Racun dan Penawar

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2.
Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3
. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4
. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5
. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:Ada 4 di pandang sebagai ibu “, iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah
SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah
TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah
SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran. Beberapa kata renungan dari Qur’an :Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor :
Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar :
Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib :
Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak :
Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya


saya berharap ianya menjadi sebahagian kata-kata yg boleh menyedarkan kita bersama…


Eratkan Hubungan

Balik kampong

Salam, hari ni (24/08/08) sudah genap seminggu saya bercuti, dan hari ni..saya da kembali semula ke utm.. terasa belum puas berada di kampung..

Sepanjang cuti semiggu ni, banyak juga aktiviti yg saya buat.. memang saya dah rancang awl2 jadual cuti nie agar tidak terbuang dengan saje2..

Pada hari pertama cuti, saya sempat membawa rakan2 saya dari utm yg semasa undergraduate dulu pergi ke pulau kapas, kebetulan meraka juga merancang untuk bercuti di kuala terengganu..kami pergi tengahari sabtu 16/08 dan balik pagi 17hb..

Setelah itu, saya membawa man, dan shuk ke ronda-ronda sekitar Kuala Terenggganu. Man dan shuk adalah rakan baik saya semasa undergraduate dulu, man adalah jurutera Petronas berasal dari Jelebu N.Sembilan, dan shuk pula jurutera MAS berasal dari Kuala Lipis Pahang..

best fren..lanb, man dan shuk

Bila teringat pada diorang nie, terimbas kenangan sewaktu undergrad dulu, dulu kami satu group adalah dalam 30 -40 org….kami dikenali sebagai group SMM, semperna nama couse kami..

smm group

Alhamdullilah, sekarang boleh dikatakan semua ahli SMM nie dah berkerja, semuanya nampaknye selesa belake..syukur pada Allah.

Dikesempatan cuti baru nie juga, saya sempat menolong rakan baik saya di kampung membuka kedai Cyber Cafe di Durian Burung…Afiq, memang rakan baik saya sejak sekolah lagi, walaupun anak yatim piatu, tapi nampak die lebih kuat pendiriannya. Berbekalkan harta peninggalan arwah ibu bapanya, dia membuka perniagaan tersebut… walaupun masih belajar, saya lihat dia berkebolehan mengaturnya… semoga berjaya Afiq.

kedai apik

Pada akhir cuti, 21-23hb, saya pergi ke Kuala Lumpur. Terasa ingin menjeguk anak sedara baru saya yg baru lahir sebulan lepas… ya, abang saya Asrul seorang guru menetap di cheras k.l, dah hampir 6 tahun dia di sana, setelah habis Maktab dia ditawarkan mengajar di sana.. kesempatan itu juga, saya sempat berjumpa dengan kakak saya Rohaida yang juga berkerja di k.l, dia menetap di Rawang selangor, dan dah hampir 15 tahun dia bekerja di K.l sebagi pegawai bank..

ank2 sdr…aina wajihan, aina fatini

Ya, Janganlah sekali-kali memutuskan silaturahim, selalu lah bertegur sape…..di sini juga saya ingin mintak maaf jika ada saya melakukan kesalahan terhadap sape2 yg mengenali saya, harap kita dapat eratkan hubungan sesama kita…=)

Jagal KEsihatan

lan badminton malam nie”..ty ustak pada sy..

Ustak adalah housemate saya, dikalangan kawan2 saya semasa di undergradute dulu dia la yg tampak lebih alim, maka kami gelarkan die ustak, walaupun nama sebernarnya azrul. Sekarang dia bersama saya melanjutkan lagi pelajaran di peringkat master, saya bersyukur juga, ade juga teman yg menyambung bersama sama.

Hmm… ok gak” agak lama juga sy berpikir. Kerana saya agak bimbang proposal master saya tak dapat disiapkan jika saya bermain, namun diolehkerana badminton adalah hobi saya, saya terima jua pelawaan ustak itu.

Petang itu, selepas saya selesai kelas bersama Dr Agous., saya pun pergi menempah court di komplek sukan UTM. Namun dalam hati saya tidak terlalu berharap untuk bermain pada malam nt kerana saya tau dewan badminton selalunya penuh jika tempah selawat bergini.

”Court ade kosong lagi malam ni bang?” saya bertanya kepada staf yg menjaga kaunter di komplek sukan itu.

” ade lagi”..jawab penjaga kaunter itu

” ok..kalau macam tu malam ni pkul 9 mlm ye”

”kad matrik..?”

Serentak saya menghulukan kad pelajar saya….

Ya, saya memang minat bermain badminton, biasenye kalau tanpa kerja2 yg penting, saya tidak pernah menolak pelawaan kawan2 saya untuk bermain badminton. Kadang –kadang saya juga terpikir ”lalai betul la aku niie, bermain aje..” tapi itu la, bila dah minat ni ssh pula nk kawal.. harap2 saya dapat mengawalnya dari masa ke semasa..

Tp tiada salahnya kita bermain, kerana dengan bermain kita dapat menjaga kesihatan dan dalam masa yang sama juga dapat mengeratkan silaturahim antara kita dan sahabat2 juga. Tapi dalam bermain itu, kita perlu la letak niat kita dengan betul, bermain utk suka2 mungkin melali2kan kita dari mengigat Nya…jadi ape yg perlu dalam kita bermain JANGALAH SESEKALI melupai kewajiban yg DiSYARIATKAN.

Ternyata Benarlah Janji2Nya

Awak tau kn istri Dr Adi meninggal”..ty Dr Omar kepada saya..

Saya mengelompong/terkejut dan serentak sy mengucapkan ”innallilah”..baru sahaja minggu lepas saya dapat tau daripada Dr Zamani yg Istri Dr Adi menghidap kenser peparu, minggu ni da tiada..mmg agak mengejutkan…tp itulah semua yg bernyawa pasti akan mati.

saya tak tau lagi Dr, bile dia meninggal”..ty saya pada Dr Omar.. Tadinya saya pergi ke biliknya untuk berbincang berkenaan projek master ..sebelum melangkah keluar biliknya, Dr Omar memberitahu berita tersebut, menyebabkan saya kembali mengadapnya..

” malam semalam, dalam pukul 12 mlm, lepas zhor ni solat jenazah kat masjid kangkar, kalau awk nk ikut boleh la pergi dgn sy sekali”..

”hmm..boleh juga Dr, lgpn saya xkenal dimana masjid tu”..

”ok, pukul 1p.m awk datang cni, kita pergi sama2”

”Ok, Dr”

Tepat jam 1 p.m sy dan Behnam, berdiri di hadapan bilik Dr Omar.. Behnam adalah coursemate saya, seorg warganegara iran…. setelah keluar dari bilik Dr Omar tadi, saya memberitahu dia berkenaan perkara itu, dan dia terpaggl juga untuk pergi sama ke masjid tersebut.. walaupun sy tau dia bukanlah seorg islam yg mengikut ajaran islam…

Ya setelah selesai solat zohor dan jenazah, saya dan ramai jg staf mekanikal pergi ke tanah perkuburan, untuk ursan pengkebumian..

Terdetik juga kesedihan dalam hati saya apabila melihat Dr adi dan anak2nya yg terpancar kesedihan yg amat sgt kerana kehilangan seseorang…tp itulah lumrah hidup, permulaan pasti akan ada pengakhirannya..

Setelah selasai bacaan talkim dan doa, sy menumpang kereta behnam utk pulang.. ketika perjalanan pulang itu sempat jg behnam menyuarakan ketidakpusan hatinya…

” why this must be happened to our, I hate this…we learn so hard, we work so hard….but then, we die, it is really not fair”.. luahan behnam… saya hanya mampu tersenyum, kerana saya tahu jika sy menjawab pn dia tetap dengan pengangannya.. saya da masak dengan peragainya, dia tiada yakin pada ALLAH.. Sy hanya mampu berdoa agar suatu hari pandangannya itu berubah…

Sebagai umat Islam kita seharusnya yakin dan redha dengan ketentuanNya.. YakinLAH dengan Qada dan Qadar ALLAH…kita hanya makhluk yg lemah, kita diHidupkan hanya kerana untuk diuji KEIMANAN kepadaNYA..dan Kita diMatikan untuk kembali kepadaNya… TERNYATA BENARLAH JANJI2NYA..

JagaLah SOLAT

Salam..hmm cuti 2 hari ni saya penuhi dengan membuat tugasan dan membaca artikel2 berkenaan projek master saya.. letih juga dibuatnya.. tp yg menghairankan, masa saya terasa terlalu singkat.. mungkin ianya salah satu tanda2 kiamat yg selalu kita dengar…

Saya tak mahu berbicara tentang hari kiamat , kerana kita semua sebagai umat islam mmg sudah sedia maklum mengenainya…

Mungkin lebih baik saya berbicara tentang ’solat’..

Terdapat satu golongan yg mane mereka menghantuk-hantukkan kepala mereka sehingga pecah berderai, dan kemudian kepala mereka bercantum/elok kembali dan mereke terus menghantukkan lagi sehingga pecah berderai, berulang2 perbuatan mereka itu…itu adalah sebahagian azab kepda org2 yg meninggalkan solat”….bicara ustaz rafiqi…srg guru agama di sebuah sekolah yg brdekatn Tmn Universiti..

Walaupun dari segi loghatnya saya dapat mengagak beliau berasal dari timur semenanjung…namun beliau sangat terkenal dikalangan jemaah2 Msjid Taman U..

Ya beberapa hari lepas saya sempat mendengar kuliah magrib di Masjid taman U,..hmm bersemperna Israk Mikraj, Ustaz Rafiqi memilih tajuk tersebut utk dibicarakan..

Ya seperti yg kita ketahui, Israk Mikraj pada malam 27 Rejab, dan dari hari itulah Allah mewajibkan kita ”SOLAT” dan Nabi Muhammad SAW turut diperlihatkan keadaan di syurga dan neraka/ serta balasan terhadap org2 yg beriman dan zalim ketika itu…

Hmm..sebenarnya saya ade mmbaca dan mengkaji beberapa perlakuan dalam solat, ternyata memang terdapat banyak faedah dah manfaat…

Sebagai contohnya, org islam lelaki digalakan solat berjemaah..hmm menurut kajian, apabila kita solat berjemaah, sentuhan antara satu sama lain akan menyembabkan cas-cas akan dineutralkan, dan melaluinya kita akan merasa lebih sihat dan kuat.

Hmm itu hanyalah sebahagian kecil… jika sahabat2 baca mengenai khasiat2 solat tentu ade banyak hikmahnya,,,

Oleh itu, sama2 lah kita mnJAGA solat.. Lakukan solat dengan IKHLAS serta KHUSYUK kerana ALLAH SWT dan janganLAH lakukan SEKADAR ”batuk ditangga sahaja”…

Air dicingcang takkan PUTUS..

”Tiket ke terenganu, 6 hb mlm ye”..setelah hampir 20minit beratur panjang di kaunter bas tranasional, akhirnya tiba juga giliran saya..

” ade satu sit je, sit paling belakang”

”hmm..ok”, sepatah saya jawab, tp dengan nada yg agk kurang selesa.. dalam hati saya trfikir ’ah ramai juga yg balik hari rabu, aku ingat x ramai’..

” hmm..oh, tiket ke sini juga yer” nada yg agak kelam… saya hampir trlupa nk belik tiket kembali ke UTM.

Serentak penjaga kaunter bertanya ”berapa hb?”

Setelah saya mlihat pada kelendar..”hmm..10hb malam”

” 10 hb ade, tapi x lalu ikt skudai la dik”..penjaga kaunter itu membahasakan saya sebagai adik, walaupun penjaga kaunter tu nampak mcm sebaya, dalam hati saya tergelak ” aku mude lagi kot nie..he”

” kalu mcm tu 10hb pagi ade?”

Setelah melihat sedetik pada skin komputer di hadapannya.. Serentak penjaga kaunter itu mengganguk..

Ya, saya akan balik kampung selama 4 hari pada 7-10hb nanti, tak sabar rasanya..trrasa sangat rindu pada kg..dah sebulan saya tak balik…

Hmm tp sebenarnya tujuan saya balik bukan la saja2,.. tp pada 8/08/2008 sepupu saya akan melangsungkan perkahwinan..syukur Alhamdullilah..seorg demi seorg sedara saya kawin..

Bila teringat pasal kg, terlitas difikiran saya..wajah mak dan ayah saya..anak2 sedara yg bermain depan rumah.. hmm sekarg saya da ade 12 org anak sedara…..

4 org ank kakak saya yg sulong(Rohaida).. 3org anak abg saya ke 2(Amran).. 2org anak abg saya ke 3( hanafi).. 1org anak abg saya ke 4(Asnawi) dan 2 org anak abg saya ke 5( Asrul).. yg masih tiada anak saya dan adik saya yg bongsu( Rohaiza)..he.

Ya di mana pun kita berada INGATLAH pada keluarga kita yg tersayang.. JGNLAH sesekali kita memutuskan SILATURAHIM.. kerana ORG yg memutuskan SILATURAHIM adalah saudara KEPADA syaitan laknatullah.. dan ingatlah “air yg dicincang takkan PUTUS”.