YANG AKAN DI DENGAR SI MATI

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal iaitu;
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad … Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· – Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
· – Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
· – Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
· – Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.’

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ….Terdengar Dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan…
· – Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
· – Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
· – Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
· – Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara’

Ketika Mayat Siap Dikafan …Suara Dari Langit Terdengar Memekik,’Wahai Fulan Anak Si Fulan
· – Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
· – Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
· – Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
· – Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
· – Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.’

Ketika MayatDiusung. …. Terdengar Dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· – Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
· – Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
· – Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.’

Ketika Mayat Siap Disholatkan ….Terdengar Dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· – Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
· – Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
· – Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.’

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat …… terdengar Suara Memekik Dari Langit,’Wahai Fulan Anak Si Fulan…
· Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan…
· – Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
· – Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
· – Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.’

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian… .. Allah Berkata Kepadanya, ‘Wahai Hamba-Ku…. ..
· Kini Kau Tinggal Seorang Diri
· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
· Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
· Mereka Pergi Meninggalkanmu. … Seorang Diri
· Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
· Hari Ini,….
· Akan Kutunjukan Kepadamu
· Kasih Sayang-Ku
· Yang Akan Takjub Seisi Alam
· Aku Akan Menyayangimu
· Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya’.

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , ‘Wahai Jiwa Yang Tenang
· Kembalilah Kepada Tuhanmu
· Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
· Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
· Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku’

Hidup Untuk Memberi

Salam, lama betul sy tak menulis..maaf kepada sahabat2 semua ye. Sekarang agak sibuk dengan penulisan lain.. research dan sebagainya.

Sy terpanggil semula untuk menulis apabila sahabat saya menegur sy..” lan bakper tak update doh blog?, berhenti doh ke berdakwah..”

Tersentak saya mendengar kate2nya..rupanya penulisan yang sekadar memenuhi ruang kosong ini, dianggap sebagai laman berdakwah oleh sahabat sy.

Hmm sy terfikir dalam hati, kalau macam ni la aku tak boleh berhenti dan aku harus betulkan niat..keranaNya..

Ya..hidup ini adalah untuk memberi, dari dulu sampai sekarang sy cuba berpenggan pada erti ini..bak kate org, “tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima”..

Untuk menerangkan erti ini, contoh yang terbaik sy rasakan adalah org yg berada dikeliling kita semua,……. ya..ibu bapa kita,.. lihat lah apa yang mereka curahkan kepda kita, dari kecil sampai besar x habis2 mereka memberi, ilmu, wang ringgit, kasih sayang, tempat tinggal dan sebagainya..

 Namun jika kita menjadi seperti kanak2..apa yang mampu mereka lakukan, hanya menerima, menangis, makan, duit dan terus menerima.. apakah kita hanya mampu jadi sprti mereka?

 Ya..persoalan itu hnya kita yang mampu menjawabnya..

 Hmm jadi, murahkan lah  tangan mu untuk memberi, lebarkan/ikhlaskan lah hati mu untuk memberi, jadilah seperti si ibu..bukan sperti si anak..

 Hmm ya sy rasa tugas menulis ini juga sebahagian dari pemberian buah fikran sy kepada msyrakat..mgkin ia berguna, atau mungkin ianya x berguna. Ambik lah mane yg baik, dan buang lah mane yang buruk…

 Kerana Allah..:)

Soal Jodoh

Dikempatan hari raya baru-baru ni, sempat juga saya berjumpa rakan2… Seperti biase, kalau ramai2 berada di kampong ni..sekali-sekali kami pergi minum dan bersembang bersama2 di kedai makan.

di kedai makan

“Mcm mane kerja mu lan..best la mu ni duk kampong, gembira je nampak…” salah seorang rakan saya memula bicara setelah sampai di kedai makan yang biase kami bersembang.

“hmm..gitu la…bla..bla…bla…..

“eh lan, mu cari la ke aku “sorang”!, kat UMT tu mesti ramai awek2..” tiba2 salah seorang rakan saya mengubah haluan percakapan kami.

“eh dekat keje mu tu kan ramai jugok..dok kang dok jumpa sorang..milih ngat kot mu ni..” perli saya dan di sambung ketawa sinis dari rakan-rakan yang lain.

“bukan gitu la…memang la rama, tapi mesti la nok yang solehah” jawab dia..

“Doh mende syarat-syarat solehah tu..aku nk dengor gok.” Samput rakan saya yang seorang lagi.

“eh dokkang mu dok tau, wanita solehah mesti la,..solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai ngaji, pose sunat…” Jelas dia.

“ eh kalu gitu senang la..belambok hok gitu” balas saya

“ eh tu lahiriah je..yang paling penting..dia mesti bertakwa” tambahnya lagi.

“ doh kalu gitu, nok ukur gane takwa tu?” samput rakan saya yang seorang lagi pula.

Diam sejenak..“ hmm..tu yang aku pening tu. Takwa tu dalam ati..tapi gane2 pun aku nak yang solehah jugok, yang bertaqwa!” jawabnya.

“ mu nk tau dok, ade se tip yang mudah nk buleh yang bertaqwa?” pelawa saya.

“gane tu??” cepat2 dia memjawabnya..

“ xyoh susah2 nk ukur, telek, nilai dan kaji orang lain..kaji diri kite, lihat iman kita..lihat taqwa kita” jawab saya sambil tersenyum..

“untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kite lu caloh suami soleh!”tegas saya lagi..

Diam sejenak..belum sempat dia bersuara, saya susurli lagi dengn penjelasan..“cuba cari ciri2 suami soleh..bina semua ciri tu dalam diri kita..bina sahsiah lahiriah seorang lelaki soleh..lepas tu, muhasabah pula soal ati..dan ukur iman dan taqwa kita”

“hmmm betul gok tu lan…nok ukur taqwa org lain susah, lebih senang ukur taqwa kita sendiri” tambah rakan saya sorang lagi.

Rakan-rakan yang lain mengangguk-angguk..

wanita-solehah

Ya… itu antara rangkap perbualan kami..sememangnya kita ingin yang terbaik dalam hidup kita. Bergitu juga soal jodoh..kalau boleh kita ingin jodoh kita itu memenuhi kretirial yang di letak kan oleh islam iaitu beriman, cantik, keturunan yang baik dan berharta. Namun ingatlah janji Allah:

Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukan untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukan untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (surah an-Nur ayat 26)

Dan satu pekara yang tidak kurang penting nya untuk jodoh kita berkekalan….,ingatlah ..sesiapa pun jodoh kita berlakulah adil padanya kerana Allah..sama2 la membimbing kerana Allah….cintailah dia kerana Allah..serta pecayai la dia dan jujurlah dengannya kerana Allah..insyaAllah kita akan merasai nikmat soleh dan solehah itu..

bak kate ustaz harizal..”bercintalah hingga ke syurga”…

sekadar nasihat yang diambil dari sebuah buku:)

Salam Hari Raya

 Salam, kepada semua pengunjung blog saya yang dihormati sekalian..

Semperna hari raya yang bakal tiba ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

selamat_hari_raya

Sedikit nasihat yang saya kutip dari bacaan2..

  • Dalam kita bergembira di hari raya, janganlah dilupakan insan-insan       yang kurang bernasib baik. Hulurkanlah bantuan kepada mereka, semoga mereka juga dapat menyambut hari ini dengan gembira.
  •  Janganlah pula kita lupa tentang tanggungjawab kita  utk menbayar zakat fitrah.
  • Makanlah sekadarnya dan jangan makan berlebihan.
  • Berhati-hati di jalan raya.Ingatlah orang yang tersayang
  • Gunakan masa berharga sepanjang Syawal ini untuk berkunjung2an, bermaaf2an dan mengeratkan silaturahim.

Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon maaf kepada semua dari hujung rambut ke hujung kaki…semoga kita sentiasa dirahmatiNya..Sekian..:)

Antara Biskut dan Nasi

biskut nasi

“sretttt…sretttt…” kedengaran alarm hp saya berbunyi..

Saya bangkit perlahan-lahan… “Ahh ngantuknye…sambung ket lagi la…”hati saya berbisik..…namun beberapa minit kemudian saya bangkit juga walaupun dengan keadaan malas.. ketika itu jam di diding tepat 4.45 pagi…

Pili paip diputar..siap2, basuh muka dan ambil wuduk….terasa segar kembali…Saya kembali melihat jam, “awal lagi ni..mayang lu la.”, hati saya berbisik lagi.

“Parin! Parin!..bangun..bangun…sahur.., saya mengejutkan teman sebilik…Malas2 dia bangkit…dan kemudian dia terus ke bilik air.

Jam sekarang 520 pagi,.. waktu sahur masih ade 25 minit lagi..Hmm saya ke pantri..melihat samaada air sudah masak atau tidak. Ya sebelum solat tadi, saya sempat memasak air dahulu untuk dijadikan minuman sahur nanti….

…Air milo o panas telah siap…

“Kita nak makan ape ni lan” Tanya parin..Saya hanya tersenyum..sambil menunjukan sebungkus biskut yang sy beli selepas terawih tadi..Parin membalas senyuman,dan kemudian duduk bersila…..Ya bersahurlah kami berdua dengan biskut jagung bercicahkan air milo o panas…he

Emm ya, itu adalah pengalaman sy bersahur ketika belajar di universiti dahulu, dan saya pecaya pengalaman ini juga di alami oleh anda semua yang berjauhan dengan keluarga.

Namun kini, saya tidak lagi bersahur dengan biskut dan milo o…hidangan sekarang jauh sekali berbeza dengan duhulu..nasi berlaukkan udang, ikan dan macam2 lagi dihidangkan oleh ibu saya…memang best..he

Ya sebenarnya apa yang berbeza bukanlah antara biskut dgn nasi tetapi keseronokkan berpuasa dengan keluarga berbanding dengan berseorangan…hehe

ramadhan-mubarak

Itu hanyalah sekadar pengalaman saya yang saya sempat coretkan semperna Ramadhan yang mulia ini. Selamat Menyambut Ramadahan Al Mubarak. Semoga kita dapat penuhinya dengan amal ibadah. J

Menghargai

menghargai

Kata orang, “kalau ingin diri dihargai, hargailah org lain dahulu”..

Entah lah, saya sendiri pun tak pasti kata-kata itu…..tapi yang sangat pasti adalah

… Allah pasti menghargai pada sesiapa yg menghargaiNya… surat Al Maidah ayat 54, “yuhibbuhum wa yuhibbunahu”. Dia (Allah) mencintai mereka dan mereka mencintai-Nya”

Bila bebicara tentang menghargai saya teringat tentang satu cerita, dimana sy membacanya di dlm sebuah artikel…

Ianya bermula dengan seorang perempuan yang sedang menunggu untuk masuk ke pesawat. Untuk menghabiskan waktu, dia  membeli sebuah buku novel dan sebungkus kueh. Setelah itu dia pun menunggu di sebuah lounge dan ada seorang lelaki duduk di sebelahnya sambil membaca majalah.

Bungkusan kueh yang sama dengan yang dibeli perempuan itu terletak di antara keduanya. Saat si perempuan mengambil kueh dari bungkusan tersebut, Lelaki tersebut pun mengambil juga kueh.

“Kurang ajar, kenapa dia ambil kueh saya?” perempuan itu berkata di dalam hati. Kejadian itu pun berulang,hingga akhirnya hanya tinggal satu kueh sahaja lagi. Disebalik kemarahan perempuan itu, dia tidak berani berkata apa-apa karena dia tidak mahu berlaku pekara yg tidak di ingini di tempat umum.

Setelah itu, perempuan itu menunggu, apa yang akan lelaki tersebut akan lakukan dengan kueh  terakhir tersebut. Ternyata lelaki tersebut mengambil kueh yang hanya  tinggal satu itu dan membahagi dua kueh tersebut. Setengah kueh itu dimakannya, dan setengah lagi diberikan kepada perempuan tersebut. Perempuan itu pun naik marah dan akhirnya meninggalkan lounge tersebut untuk segera masuk ke pesawat.

Sesampainya di pesawat, perempuan itu membuka tas tangannya, dan apa yang dia temukan? Sebungkus kueh yang dibelinya! Ya.. Ternyata, kue yang dimakannya di lounge tadi  adalah milik lelaki tersebut, dan lelaki tersebut pun tidak marah sama sekali saat dia memakan kuehnya, malahan membahagi kueh dengannya.

Perempuan itu pun merasa sangat bersalah, namun, sudah terlambat. Tiada lagi kesempatan untuk meminta maaf, yang ada hanya penyesalan yang amat mendalam.

Ya…belajarlah menghargai org lain,,, terutama mereka yg berada disekeliling kita, ibu,bapa..guru2..rakan2..suami isteri dan sebagainya. Saya juga ingin minta maaf kepada semua jika selama ini saya tidak menghargai anda semua.

Sekadar  renungan…

Terkadang “menghargai” juga bererti“memahami”.
Terkadang “menghargai” juga bererti “mencintai”
Terkadang “menghargai” juga bererti “menghormati”
Terkadang “menghargai” juga bererti “berkorban”

Sekian..maaf lame x update..Salam.

Berjayakah aku??

Embun pagi menintik menunggu  bercahaya, awan kelabu belum pn mencecah tempatnya…burung- burung pula mula keluar dari sarangnya..

Laungan azan sayup kedengaran….marilah menunaikan solat 2X, marilah menuju kejayaan 2X ,.. solat itu lebih baik dari tidur 2X…..

Hmmm Ku bertanya pd diriku,…berjayakah aku?berjayakah aku?berjayakah aku?..

Err ya..benar, mereka yg benar2 berjaya adalah mereka yg benar2 memahami dan melaksanakan  apa yg diserukan dalam azan….fikir2kan.

Tabuh berbunyi gemparkan alam sunyi
Berkumandang suara adzan
Mendayu memecah sepi
Selang seli sahutan ayam

Tetapi insan kalaupun ada hanya
Mata yang jelek dipejam lagi
Hatinya penuh benci
Berdengkurlah kembali

Begitulah peristiwa di Subuh hari
Suara insan di alam mimpi

Ayo bangunlah tunaikan perintah Allah
Sujud mengharap keampunanNya
Bersyukurlah, bangkitlah segera
Moga mendapat keridhoannya

Begitulah peristiwa di Subuh hari
Setiap pagi, setiap hari

———–

Maaf pada kwn2, xsempat nk tulis pjg2 xdang tek skg..:)

  • Kalendar

    • September 2016
      S M T W T F S
      « Apr    
       123
      45678910
      11121314151617
      18192021222324
      252627282930  
  • Cari