Bersangka Baik..

“Tuk..tuk..tuk”

Sejurus kemudian pintu bilik saya di kuak.. “Assalamualaikum En Azlan..boleh kami masuk”..

“Waalaikummusalam..sila,” jawad sy sambil tersenyum..

Kelihatan beberapa pelajar.. mereka nampak takut2 sahaja..kecuali si Firdaus..pelajar yg agak rapat dengan saya..

ketuk pintu

“hmm ya..ade ape yg boleh saya tlg..? tanya saya dengan nada yg tidak tinggi dan tidak pula terlalu rendah..

“ hmm mcm ni Encik..kami ade masalah sikit dengan kumpulan yg encik bahagikan tu” ..Firdaus memula bicara..

“hmm masalah mcm mane tu firdaus..boleh terang kan”..tanya saya lebih lanjut

“macam ni Encik, salah srg ahli kumpulan kami tu..xbuat keje..dia tu pemalas la encik”..terang firdaus bersunngguh2.. sementara yg lain hanya kelihatan menggangguk sahaja..

“ oh mcm tu masalahnya…siapa nama dia?”

“ amin encik..” celah salah seorang pelajar..

“hmm ok..mcm ni, nanti bagi tau dia..saya nk jumpa……hmm tp ape pun kumpulan awk tak boleh ditukarkan..sebabnya awk semua satu kumpulan, jadi kalau ade ape2 masalah awk harus selesaikan secara berkumpulan..kalau dia tak beri kerjasama sekali pun, awk semua harus beri teguran”..tegas saya bersahaja”

Beberapa hari kemudian.. amin datang ke bilik saya..

“Ya encik..encik nk jumpa saya ke” ..suaranya terketar2..

Saya hanya tersenyum..” macam ni min, saya dapat laporan yg awk tak beri kerjasama dalam kumpulan, boleh awk jelaskan kenapa?

Terdiam seketika..

“sebenarnya saya ade masalah sedikit di kampong, encik..” jawab amin dengan nada yg pelahan.. wajahnya kemudian kelihatan bertukar muram dan sedih..

“ kenapa min…” saya bertanya dengan lebih lanjut..

“ibu saya selalu sakit..memang setiap kali hari minggu saya balik ke kampong..jadi mmg sy xde mase untuk membuat kerja kumpulan ini”..jelas amin pelahan, dengan menundukan wajahnya.

Saya menarik nafas pelahan..”dalam hati saya berbisik kesian juga budak ni”..

“Hmm awk ade bgtau kawan2 awk hal ni?”..ty saya

“tak encik”

“hmm ok..mcm ni awk sepatutnya bagi tau masalah ini kepada kawan2 awk yg lain..mungkin diorg nnt boleh beri tugas2 yg lebih ringan kepada awk..”

Kemudian tambah sy lagi “hmm kalau pn awk ade masalah…awk tak boleh lepas tangan mcm tu je..awk kene pastikan semua tggujwab awk semuanya selesai,..tak kiralah pada ibu, atau pun kumpulan..”

Hmm ya..itu adalah pengalaman sy ketika mengajar di UMT selama satu semesta pd tahun 2007 dahulu..kini sy rasa tak sabar untuk menyambung tugas itu lagi..:)

Hmm sebenarnya di sini saya ingin menceritakan tentang masalah “syakwa sangka”..ya kadang2 kita selalu bersangka buruk kepada seseorang.. sebenarnya ini lah penyakit yg menyebabkan umat islam kita berpecah.. ya jika dilihat dari kes di atas, hanya kes kecil kita bersangka buruk pada kawan kita.. padahal kita tidak mengetahui ape masalah sebenarnya..

bersatu dengan islam

Gambar: hiasan

Nasihat saya, lihat la seseorang dari aspek kebaikan nya..bukan keburukannya.. InsyaAllah kita dapat melihat apakah hikmah disebalik tindakannya. Dan jikalau pn sseorg itu melakukan kesalahan, tegurlah dengan cara yg baik..bukan mengejek dan cercanya…dan bagi pihak yg melakukan kesalahan pula, lapangkan lah dada untuk menerima teguran..kerana kita semua adalah lemah..Fikir2kn.

Jiwa yang Ku Rindu

pintuemasdimakamrasullulah

Tentang rahsia kemenanganmu atas musuhmu dan

Kekalahanmu atasnya, tahukah kau!

Ketika jiwa-jiwa mereka terjalin dengan jiwamu, kau raih kemenangan,

Ketika jiwa-jiwa mereka terberai dari jiwamu, kau gamit kekalahan,

Sungguh, dalam diri manusia tersembunyi zamrud mutiara:

Manakala kau pimpin dan kau pandu mereka,

Mereka akan cari dan ikuti jejak langkahmu;

Manakala kau dipimpin dan di pandu mereka,

Mereka akan tuntut ketundukan dan kepatuhanmu;

Tentang hal ini, aku pun ingin menyampaikan puisi-puisiku padamu,

Dari alam malaikat atau manusiakah kau;

Terangkan kepadaku, kemuliaanmu sirnakan kekuranganku,

Aku lihat kau manusia sama saja;

Namun, aku amati kitab, berbudimu sungguh mulia,

Berkat, atas siapa jadikan akhlakmu sebagai mazhabnya,

Kerena , kaulah cahaya bertabur pesona,

Tak ada syakwa bagiku, kaulah roh semesta

Kaulah teladan yg dirindui jiwa-jiwa,

Tak kuasa aku jelaskan kehadiranmu;

Bergitu nyata jelaskan kehadiranmu

Tak mungkin kutolak hadirmu di sini

Hanya sepatah kata, kaulah akal luhur hakiki..wahai Rasulku.

Adakah aku bersungguh2 utk mendapatkannya….

“Ko buat ape tu lan..aku tgk dari semalam duk depan komputer tu je..ko tak letih ke?”

Serentak saya berpaling kebelakang..”oh..dok sedor aku, mu duk belakang..” jawab saya dengan wajah yang agak terkejut…

“hmm biase la Eid, da akhir2 sem ni..makin banyak nk di settle kan projek ni…” sambung saya lagi, kemudian saya berpaling kembali ke skrin computer…

“ ko ni kalau buat keje xingt ke dunia..bawak2 la rehat sikit..” kate Eid, sambil membaringkan badannya di katil.

Saya hanya tersenyum, …tanpa berkata apa2.. namun wajah saya masih menghadap computer ….

lepak-depan-komputerGambar: hiasan

Ya..kebelakangan ini saya agak sibuk untuk menyiapkan tesis saya..ditambah pula dengan tugasan beberapa subjek lagi. Hampir separuh hari-hari saya dihabiskan di Makmal,dihadapan komputer dan membaca…

Beberapa hari lepas pula saya perlu menduduki satu ujian bertulis utk salah satu subjek..saya berusaha keras untuk menghadapi ujian tersebut, hmm hampir setiap helaian dalam buku subjek tersebut saya hafal…Alhamdullilah, sepertinya semuanya berjalan lancar.

hmm ya..sudah menjadi prinsip saya “jika nak buat sesuatu biarlah bersungguh-sungguh” Berjaya atau tidak, berserah lah saja pada-Nya. Dan saya juga percaya, ini bukan menjadi prinsip saya sahaja..tapi memang menjadi prinsip kebanyakan orang, khususnya pelajar..

bersungguh2

saya masih ingat ketika menghadapi SPM dahulu..

“Assalamualaikum..assalamualakum”

Saya bergegas keluar rumah,” waalaikumusalam”.. jawab saya pelahan, sambil membuka pintu..kelihatan beberapa rakan saya berada di beranda rumah..

“hmm bakpe lewat ngat, kate kul 9” Tanya saya lebih lanjut..setelah sekilas melihat jam di dinding rumah yg menunjukkan jam hampir 10 mlm..

“ nok wat gane, ramai boh!..susah nok kumpul”..jawap pairus, sambil tersenyum.

Sejurus kemudian, saya menjemput mereka naik ke rumah..dan masuk ke bilik saya..

“so kite nk start ngan bab mane ni…” Tanya taju sambil membelek2 buku matematik tambahan..

“ aku rase kite dok payoh tengok bab ke bab la..kite try jawab soklan exam yg lepas-lepas je la” jawab saya dengan reaksi bersemangat..

“hmm molek gok tu…”kata Faizal

Ya ketika menghadapi SPM dahulu juga , kami bergitu “bersungguh-sungguh” belajar..hampir setiap malam rakan2 saya datang ke rumah untuk belajar bersama-sama. ..Alhamdullilah hasilnya kami semua telah dapat masuk ke menara gading..dan sekarang mereka semuanya telah berkerja.

Hmm..ya..sebenarnya apa yg sy ingin katakan adalah tentang “bersungguh-sungguh”… apabila direnungkan apabila kita berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu, InsyaAllah kita akan mendapatkannya…

………………………..

Namun sy terfikir… adakah kita hanya bersungguh-sungguh untuk menghadapi/berjaya dlm peperiksaan sahaja.. atau hanya bersungguh-sungguh untuk mendapat duit sahaja….bagaimana dengan akhirat??..adakah kita berusaha bersungguh2 untuk beribadat kepadaNYa? Adakah kita berusaha bersungguh2 untuk memahami Al-Quran?? Adakah kita bersungguh-sungguh dalam memahami dan melaksanakan syariat Islam???…hmm jika jawabnya ya, sdh tentu kita akan Berjaya juga di Akhirat sana, InsyaAllah….Namun jika jawabnya tidak..fikir2kanlah apa nasib kita di sana nanti.

Kisah Bulan dan Matahari…

Sekadar cerita….

Kisah bulan

bulan2

Hai bulan…..pernahkah kau mencemburui matahari…??.. kau bergitu kuat untuk menerima semuanya itu..ku lihat kasih kau bukan sahaja di kongsi..bahkah kau ditinggalkan bergitu sahaja..kemudian tika dia datang lagi kau terimanya lagi dengan seikhlasnya…

Hai bulan…pernahkah kau menagis??..tika cahaya mu hilang, ku lihat tiada lagi matahari di sisi mu..bergitu tabah kau menghadapinya..keteguhan apakah yg ada pada mu wahai bulan…

Hai bulan… pernahkah kau merasa takut??..ku lihat sepertinya kau tak kan mungkin memiliki matahari..kerana panas hatinya bisa membakar kulitmu…adakah kau sanggup mati kerana matahari..?

Hai bulan…pernahkah kau merasa kecewa??..ku lihat tika kala subuh menjelma, kau ditinggalkan, kau dilepaskan..seperti mimpi yg penuh dengan harapan..apakah kau tidak punya perasaan…

matahari

Kisah matahari

Hai matahari…apakah kamu tidak pernah letih?…hinggakan aku lihat kau tak pernah jemu menjalankan tugas mu? ..kau bergitu kuat memperlakukan tanggunjawab ini..atau adakah kau terpaksa melakukannya…

Hai matahari,..apakah kamu tidak pernah keliru?..hinggakan aku lihat, cahayamu meratai seluruh cakerawala..apakah kau bergitu terliti dalam perkerjaan mu..

Hai matahari…apakah kau tidak pernah jatuh cinta?..hinggakan aku lihat..walau apapun menabur kasih kepada mu, kau tetap bersendirian….apakah kau tidak punya perasaan…

Ya…memang benar..bulan dan matahari tidak mempunyai perasaan sebagaimana manusia, jadi xmungkin ia merasai apa yg manusia rasakan….namun bulan dan matahari tidak pernah mungkir dalam menjalankan tanggunjwab yg di berikan Allah kepdanya..hmm adakah kita sebagai manusia yg mempunyai perasaan dan akal ini telah menjalankan tanggnjwab kita kepada Allah..?? fikr2kn…

Jangan Bersedih…

“Mu gi la jalan2 lu, aku nk gi kedai buku jap…”

“ok..aku gi kat situ jap..nanti pe2 mu call la..”..jawab zaim selamba..

Saya menganguk dan tersenyum… dan kemudian terus menuju ke kedai buku berhampiran..

Ketika di kedai buku..

Saya membelek2 beberapa novel yg di rasa kan sesuai utk di bc..namun tiada yg menarik di hati saya..kemudian saya bergerak ke bahagian dakwah, terlihat saya satu buku …

La-Tahzan ( jgn bersedih)”… serentak dengan itu saya teringat novel yg saya bc sebelum ini..yg ada menyebut tentang buku ini..iaitu ”Salju sakinah”karangan Zahid Akhtar..novel tersebut mengambarkan kebaikan yg ada pada buku tersebut..

la tahzan

Tanpa berlengah saya, membelek2nya..”ya rasanya aku da jumpa buku yg patut aku beli” hati berkata sendirian..

“hmm Rm 20..” penjaga kaunter bersuara..

Serentak saya menghulurkan wang kertas Rm 50..

”Terima kasih Encik..datang lagi ye..”

“sama-sama”..saya menjawab sambil tersenyum..

Ya, beberapa hari lalu saya sempat ke kedai buku Badan di Angsana..mmg selalu juga saya ke sana, jika tidak tau apa nk di buat sy akan mencari buku2 yg utk mengisi ruang masa saya..

Ketika di rumah, tanpa berlengah saya membelek2 lagi buku yg baru saya beli..isinya kelihatan bergitu bagus..Lantas sy memulakan pembacaan,…

membaca

Gambar hiasan

“ Ketika bumi terasa menyempit dikarenakan himpitan persoalan hidup, dan jiwa serasa tertekan oleh beban berat kehidupan yang harus Anda pikul, serulah:”Ya Allah!”

Kuingat Engkau saat alam begitu gelap gulita, dan wajah zaman berlumuran debu hitam Kusebut nama-Mu dengan lantang di saat fajar menjelang, dan fajar pun merekah seraya menebar senyuman indah Setiap ucapan baik, doa yang tulus, rintihan yang jujur, air mata yang menetes penuh keikhlasan, dan semua keluhan yang menggundahgulanakan hati adalah hanya pantas ditujukan ke hadirat-Nya…

Itu adalah antara rangkap yg betul2 membuat sy tersentuh.. ya, sy sarankan kepada sahabat2 utk mendapatkan buku ini.. ya ingatlah, segala kesedihan tak perlu la di tangisi kerterlaluan..berserahlah sepenuhnya kepada Nya. Kerana Dialah yg maha Mengetahui..

Dimana Nilai Kemanusiaan dan Keadilan…

“Tentera Israel bedil hospital”

“BAITULMAQDIS: Kemudahan perubatan hampir lumpuh di Semenanjung Gaza akibat kempen keganasan Israel di wilayah itu yang masuk hari ke-21, selepas sebuah hospital di Bandaraya Gaza rosak teruk selepas dibedil tentera Zionis, kelmarin…”………

Ya…hari kian hari berita mengenai kezaliman israel terpapar..namun di manakah kita? apa yg telah kita lakukan utk membantu saudara seislam kita di sana?…..

sayu hati bila melihat keadaan ini berterusan…ya, adakah kita hanya mampu lihat kezaliman ini.. hmm sekurang2nya berdoalah utk pejuang2 di sana, hulurlah bantuan kepada tabung-tabung palestin di mana2 sahaja.. dan marilah sama2 kita boikot barang-brangan israel dan sekutunya…

boikotmudah-mudahan sedikit sebanyak dapatlah kita membantu pejuang2 Islam di sana…

“Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat,
Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin,
Perbaikilah keadaan mereka,
Tolonglah kaum muslimin utuk melawan musuh-musuh-Mu, dan musuh-musuh mereka

Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu,
Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka,
Hancur leburkan kekuatan mereka,
Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa

Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang,
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu”

Berwaspada dengan cinta

Bila saya letak tajuk ade perkataan cinta sudah tentu vote pd tajuk saya akan meningkat…saya pn tak tau kenapa?..jadi kali ni saya nk cerita satu pengalaman saya…

bas

Ketika menaiki bas ke UTM, saya secara tak sengaja terdengar perbualan 2org sahabat..

“ aku cinta sangat la kat dia, ape nk jadi aku ni” kate si A.. diam seketika..

Bersebelahan dengan si A adalah seorg pemuda yg umurnya lebih kurang sebaya dengan si A, rambutnya ditutupi kupiah putih dan berbaju kemeja lengan panjang…namun wajahnya tidak jelas kelihatan dari sit belakang …

Dalam hati saya menduga…”sahabat si A ni mesti byk ilmu dan kelihatanya dia ni seorang pendengar yg setia”…

kemudian si A menyambung lagi, “aku nk bagi tau dia, tp aku takut dia tak terima aku la…” wjahnya bertukar muram senja..

“kenapa ko rasa mcm tu” sahabat si A bersuara..

xtau la, aku rasa kadang2 dia ni suke kat aku, kadang2 pula aku rs dia ni langsung xde perasaan kat aku” keluh si A..

mcm ni la..aku sarankan dua pekara kepada ko.. sama ade ko terus masuk meminang dia, atau ko terus tinggalkan dia…” jawab sahabat si A

kalau ko da sedia nk kawin dan rasakan diri sudah x terkawal lagi dan x tahu mcm mane ingin menurunkan rasa cinta itu, masuk la meminang…..tapi kalau ko rs diri msih xsedia utk kawin, tinggalkan la dia tu dulu…InsyaAllah kalau ko ade jodoh dgnnya tak ke mana” jelas sahabat si A

Kemudian dia menyambung lagi..” aku bukan ape, aku takut ko cinta kepada si dia lebih dr cinta ko kepada Allah…nauzubillah,,..ketahuilah ko, jangan la sekali kali ko mencintai sesuatu melebihi cinta ko kepada Allah, kerana yg demikian itu boleh menyebabkan ko gelisah yg xpernah padam,…” diam seketika..…

kemudian dia menambah lagi..” ingatlah kisah cinta laila dan majnun yg akhirnya majnun mati kerana cintanya pada laila…kisah Firaun yg cintakn kedudukan yg akhirnya mati kerana kedudukannya itu dan kisah Qarun yg cintakan harta dan akhirnya mati kerana hartanya…dan jgn ko juga mati kerana si dia tu”.. sahabat si A bergurau, namun dalam nada berpengajaran..

Sahabat si A ini tampaknya ingin meyakinkan lagi si A..lalu dia menambah lagi,

kita ni umat islam akan berasa bahagia kalu kita dapat menjauhi keluhan, kesedihan, dan kerinduan..bergitu juga jika kita dpt mengatasi keterasingan, kesunyian dan keterpisahan”..

cinta Allah

Hmm ..saya mengeluh sendiri,.. perbualan mereka xtamat di situ, namun saya rasa tak perlulah saya teruskan…hmmm ,Ya kate2 sahabat si A ni btl2 memberi pelajaran kepada saya…kemudian saya teringat satu ayat…

“ Dia mencintai mereka dan mereka mencintai-Nya.” (surah Al Maidah:54)

Ya..berwaspadalah dengan Cinta selain–Nya , Namun cintailah kepada Allah yg maha Esa, kerana kita akan di cintaiNya sebagai mana ayat di ats….

Sedih…

Sejak khamis lalu lagi cuaca di Terengganu kadang-kadang mendung, gerimis dan diikuti tagisan langit yang lebat……

Sepertinya memahami apa yang ada dibenak fikiran ku…kadang-kadang muram kesepian, kehibaan dan kesedihan….

Ya Allah berilah aku kekuatan untuk meneruskan perjuanganku ini, hanya pada Engkaulah aku menyembah dan hanya pada Engkaulah aku mohon pertolongan”..sedetik hati bersuara..

Sepertinya juga sedih dengan kepergian ku dari tanah ini….

Namun hati lebih sedih apabila membaca berita ini….

images1

images3

images21

Gambar-gambar kekejaman Israel dalam akhbar semalam. Dianggarkan sekurang2nya 300 penduduk palastine terbunuh dalam serangan kejam zionis itu…

Ya..Hati umat islam mana yg xterguris apabila saudaranya dibunuh sewenang2nya…

Kemudian hati ini memohon lagi…“Ya Allah, jadikanlah dunia ini tempat buat ku mengejar cita-cita akhirat. Jangan kau biarkan aku mencintai dunia sehingga takut akan kematian. Ya Allah, jadikanlah ku tentera-tenteraMu, yang berjuang untuk mempertahankan AgamaMu. Ya Allah, Syahid di jalanMu adalah cita-cita tertinggi ku maka kabulkanlah doa hambaMu yang hina ini… kerana hanya kepadaMu aku meminta dan memohon…”

Aku mencintaimu…

Hmm ini adalah sekadar luahan hati saya pada yg di “cintai”…

Saat kau disisi ku, aku merasa debarannya, aku merasa getaraannya, hati ku sentiasa terasa tenang dan senang…sungguh, terasa manisnya sejak aku bertemu denganmu malah tiada senyuman semanis seperti ini dpt aku ukirkan selain diwaktu disisimu,walau ia bukanlah terukir dibibir ini ,namun ku tetap merasai kemanisannya.

Sungguh! Di dasar hati yang tidak pernah diketahui oleh sesiapa melainkan aku dan Dia. Tika itu kau membelai-belai jiwa ini ,bahkan kau genggam hati ini agar ia tidak berbolak balik lagi. Hari-hari ku penuh dengan kebahagian walaupun tika itu aku ditekan ,aku dicerca dan aku dihina.

Tapi Kini, kau pergi..

Kau pergi meninggalkan aku keseorangan, terasa amat sunyi dan terggelam.. tatakala itu jiwaku sering diragut, dpukul oleh sang penderhaka…aku tau kau tinggalkan ku kerana aku, aku tidak lagi membelaimu, tidak lagi bertanyakan khabarmu..Bahkan tidak lagi memberikan semangat dan kekuatan padamu seperti dulu di waktu kau berada disampingku… ahh ati ku mengeluh menyesal dan amat merindui mu…

Wahai ‘IMAN’,berilah aku sekali lagi peluang melamarmu,
Aku perlukanmu ,aku rindukanmu.
Sudikah kau menjadi teman hidupku?
Untuk selama-lamanya?’

rahasia_menjadi_kekasih_allah_ok1

———————————————-
…..bukan NURUL IMAN ye!..ehe…

Amacam ok tak..ehe? hmm sebernarnya saya ambil sedikit petikan ini dalam website sahabat2 iluvislam…ya “iman” itu ibarat kekasih yg perlu kita belai dan pupuk selalu, janganlah biar ia pergi kerana kelalaian kita… fikir2kan..;)

Wanita Cantik

“Ja macam mane majlis kawin mu tu, cer mu terang molek2 ket….aku nk plan jadual aku ni…” saya bertanya ke pada faizal…

“hmm.. majlis akad nikah aku tu buat 1/1 ni kat masjid , dalam jam 9 mlm”.. jawab ja,..

“ kalu mu seme nk mai, mai awl sket la..dlm 28hb ke..leh aku ambik mu kat stesen putra tu..”sambung ja lagi..

“ gini la, kite gi ngan kete la..senang ket nk gi jln2..” pintas apik..

“ molek gok tu, ermm..abih seme tu leh aku gi Jb terus..” saya bersuara..

Azmir, mijo dan ja..mengangguk tanda setuju..

Ya..2 tiga hari lepas saya berkesempatan berjumpa dengan kawan2 lama saya, dan salah seorang dr kwn sy (peja) akan berkahwin tak lama lagi, tahniah saya ucapkan,,,

“Eh lan, seme org da nk kawin daa..mu bile lagi” tanya apik..persoalan itu mengundang ketawa kepada kami semua..

“ mu ni lan mesti milih sangat ni”..azmir menyampuk..ketawa sinis lagi dari rakan2..
saya pun turut tersenyum hingga menampakkan gigi…

“ ermm aku nk yg comel2”…gurau saya sambil ketawa kecil, ..

Mereka semua menyambutnye dengan ketawa juga..jelas di mata mereka senang dengan gurauan saya tu…

Setelah pulang ke rumah , hati saya berkata yg comel2 mcm mane tu??

Ya..kebanyakkan wanita masa kini salah faham dengan istilah comel/cantik ini..

ada wanita beranggapan dengan memakai pakaian ketat2 sehingga menampakkan susuk badan adalah cantik baginya..lalu mereka berpakaian seperti nangka itu, semata2 ingin menarik perhatian org lain…alangkah bodohnya tidakkan sperti itu…

ada pula wanita membiarkan rambutnya tejurai, memakai bau2an yg berlebihan, pakaian jarang dan sebagainya…dan merasakan dirinya cantik dengan keadaan seperti itu…

ermm semua itu pada saya semuanya silap belaka, sebenarnya cantik itu adalah subjektif… seorg yg beriman dan tidak beriman sudah tentu akan menjawabnya dengan jawapan yg berbeza…

Wanita Cantik

Rasulullah bersabda:“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/ keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

Ini kerana, dengan karektor agama yang baik inilah sebenarnya ia mencakupi segala faktor-faktor yang lainnya. Dengan aspek agama yang baik ini, keindahan akhlaknya terserlah, kecantikannya terjaga dan terpelihara, malahan martabat dan kehormatannya berbanding wanita di kancah masyrakat kebanyakan juga tinggi nilainya…maka di situ lah kecantikkan sebenar bagi seorang lelaki beriman…

Tapi bg seorang lelaki2 yg tak beriman, sudah tentu mereka memilih wanita seperti nangka di atas…

Namun adakah kamu(wanita) ingin memilih lelaki yg tak beriman??? ..maka saranan saya jadilah “cantik” pada lelaki beriman….fikir2kan..