Soal Jodoh

Dikempatan hari raya baru-baru ni, sempat juga saya berjumpa rakan2… Seperti biase, kalau ramai2 berada di kampong ni..sekali-sekali kami pergi minum dan bersembang bersama2 di kedai makan.

di kedai makan

“Mcm mane kerja mu lan..best la mu ni duk kampong, gembira je nampak…” salah seorang rakan saya memula bicara setelah sampai di kedai makan yang biase kami bersembang.

“hmm..gitu la…bla..bla…bla…..

“eh lan, mu cari la ke aku “sorang”!, kat UMT tu mesti ramai awek2..” tiba2 salah seorang rakan saya mengubah haluan percakapan kami.

“eh dekat keje mu tu kan ramai jugok..dok kang dok jumpa sorang..milih ngat kot mu ni..” perli saya dan di sambung ketawa sinis dari rakan-rakan yang lain.

“bukan gitu la…memang la rama, tapi mesti la nok yang solehah” jawab dia..

“Doh mende syarat-syarat solehah tu..aku nk dengor gok.” Samput rakan saya yang seorang lagi.

“eh dokkang mu dok tau, wanita solehah mesti la,..solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai ngaji, pose sunat…” Jelas dia.

“ eh kalu gitu senang la..belambok hok gitu” balas saya

“ eh tu lahiriah je..yang paling penting..dia mesti bertakwa” tambahnya lagi.

“ doh kalu gitu, nok ukur gane takwa tu?” samput rakan saya yang seorang lagi pula.

Diam sejenak..“ hmm..tu yang aku pening tu. Takwa tu dalam ati..tapi gane2 pun aku nak yang solehah jugok, yang bertaqwa!” jawabnya.

“ mu nk tau dok, ade se tip yang mudah nk buleh yang bertaqwa?” pelawa saya.

“gane tu??” cepat2 dia memjawabnya..

“ xyoh susah2 nk ukur, telek, nilai dan kaji orang lain..kaji diri kite, lihat iman kita..lihat taqwa kita” jawab saya sambil tersenyum..

“untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kite lu caloh suami soleh!”tegas saya lagi..

Diam sejenak..belum sempat dia bersuara, saya susurli lagi dengn penjelasan..“cuba cari ciri2 suami soleh..bina semua ciri tu dalam diri kita..bina sahsiah lahiriah seorang lelaki soleh..lepas tu, muhasabah pula soal ati..dan ukur iman dan taqwa kita”

“hmmm betul gok tu lan…nok ukur taqwa org lain susah, lebih senang ukur taqwa kita sendiri” tambah rakan saya sorang lagi.

Rakan-rakan yang lain mengangguk-angguk..

wanita-solehah

Ya… itu antara rangkap perbualan kami..sememangnya kita ingin yang terbaik dalam hidup kita. Bergitu juga soal jodoh..kalau boleh kita ingin jodoh kita itu memenuhi kretirial yang di letak kan oleh islam iaitu beriman, cantik, keturunan yang baik dan berharta. Namun ingatlah janji Allah:

Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukan untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukan untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (surah an-Nur ayat 26)

Dan satu pekara yang tidak kurang penting nya untuk jodoh kita berkekalan….,ingatlah ..sesiapa pun jodoh kita berlakulah adil padanya kerana Allah..sama2 la membimbing kerana Allah….cintailah dia kerana Allah..serta pecayai la dia dan jujurlah dengannya kerana Allah..insyaAllah kita akan merasai nikmat soleh dan solehah itu..

bak kate ustaz harizal..”bercintalah hingga ke syurga”…

sekadar nasihat yang diambil dari sebuah buku:)

Salam Hari Raya

 Salam, kepada semua pengunjung blog saya yang dihormati sekalian..

Semperna hari raya yang bakal tiba ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

selamat_hari_raya

Sedikit nasihat yang saya kutip dari bacaan2..

  • Dalam kita bergembira di hari raya, janganlah dilupakan insan-insan       yang kurang bernasib baik. Hulurkanlah bantuan kepada mereka, semoga mereka juga dapat menyambut hari ini dengan gembira.
  •  Janganlah pula kita lupa tentang tanggungjawab kita  utk menbayar zakat fitrah.
  • Makanlah sekadarnya dan jangan makan berlebihan.
  • Berhati-hati di jalan raya.Ingatlah orang yang tersayang
  • Gunakan masa berharga sepanjang Syawal ini untuk berkunjung2an, bermaaf2an dan mengeratkan silaturahim.

Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon maaf kepada semua dari hujung rambut ke hujung kaki…semoga kita sentiasa dirahmatiNya..Sekian..:)

Antara Biskut dan Nasi

biskut nasi

“sretttt…sretttt…” kedengaran alarm hp saya berbunyi..

Saya bangkit perlahan-lahan… “Ahh ngantuknye…sambung ket lagi la…”hati saya berbisik..…namun beberapa minit kemudian saya bangkit juga walaupun dengan keadaan malas.. ketika itu jam di diding tepat 4.45 pagi…

Pili paip diputar..siap2, basuh muka dan ambil wuduk….terasa segar kembali…Saya kembali melihat jam, “awal lagi ni..mayang lu la.”, hati saya berbisik lagi.

“Parin! Parin!..bangun..bangun…sahur.., saya mengejutkan teman sebilik…Malas2 dia bangkit…dan kemudian dia terus ke bilik air.

Jam sekarang 520 pagi,.. waktu sahur masih ade 25 minit lagi..Hmm saya ke pantri..melihat samaada air sudah masak atau tidak. Ya sebelum solat tadi, saya sempat memasak air dahulu untuk dijadikan minuman sahur nanti….

…Air milo o panas telah siap…

“Kita nak makan ape ni lan” Tanya parin..Saya hanya tersenyum..sambil menunjukan sebungkus biskut yang sy beli selepas terawih tadi..Parin membalas senyuman,dan kemudian duduk bersila…..Ya bersahurlah kami berdua dengan biskut jagung bercicahkan air milo o panas…he

Emm ya, itu adalah pengalaman sy bersahur ketika belajar di universiti dahulu, dan saya pecaya pengalaman ini juga di alami oleh anda semua yang berjauhan dengan keluarga.

Namun kini, saya tidak lagi bersahur dengan biskut dan milo o…hidangan sekarang jauh sekali berbeza dengan duhulu..nasi berlaukkan udang, ikan dan macam2 lagi dihidangkan oleh ibu saya…memang best..he

Ya sebenarnya apa yang berbeza bukanlah antara biskut dgn nasi tetapi keseronokkan berpuasa dengan keluarga berbanding dengan berseorangan…hehe

ramadhan-mubarak

Itu hanyalah sekadar pengalaman saya yang saya sempat coretkan semperna Ramadhan yang mulia ini. Selamat Menyambut Ramadahan Al Mubarak. Semoga kita dapat penuhinya dengan amal ibadah. J

Menghargai

menghargai

Kata orang, “kalau ingin diri dihargai, hargailah org lain dahulu”..

Entah lah, saya sendiri pun tak pasti kata-kata itu…..tapi yang sangat pasti adalah

… Allah pasti menghargai pada sesiapa yg menghargaiNya… surat Al Maidah ayat 54, “yuhibbuhum wa yuhibbunahu”. Dia (Allah) mencintai mereka dan mereka mencintai-Nya”

Bila bebicara tentang menghargai saya teringat tentang satu cerita, dimana sy membacanya di dlm sebuah artikel…

Ianya bermula dengan seorang perempuan yang sedang menunggu untuk masuk ke pesawat. Untuk menghabiskan waktu, dia  membeli sebuah buku novel dan sebungkus kueh. Setelah itu dia pun menunggu di sebuah lounge dan ada seorang lelaki duduk di sebelahnya sambil membaca majalah.

Bungkusan kueh yang sama dengan yang dibeli perempuan itu terletak di antara keduanya. Saat si perempuan mengambil kueh dari bungkusan tersebut, Lelaki tersebut pun mengambil juga kueh.

“Kurang ajar, kenapa dia ambil kueh saya?” perempuan itu berkata di dalam hati. Kejadian itu pun berulang,hingga akhirnya hanya tinggal satu kueh sahaja lagi. Disebalik kemarahan perempuan itu, dia tidak berani berkata apa-apa karena dia tidak mahu berlaku pekara yg tidak di ingini di tempat umum.

Setelah itu, perempuan itu menunggu, apa yang akan lelaki tersebut akan lakukan dengan kueh  terakhir tersebut. Ternyata lelaki tersebut mengambil kueh yang hanya  tinggal satu itu dan membahagi dua kueh tersebut. Setengah kueh itu dimakannya, dan setengah lagi diberikan kepada perempuan tersebut. Perempuan itu pun naik marah dan akhirnya meninggalkan lounge tersebut untuk segera masuk ke pesawat.

Sesampainya di pesawat, perempuan itu membuka tas tangannya, dan apa yang dia temukan? Sebungkus kueh yang dibelinya! Ya.. Ternyata, kue yang dimakannya di lounge tadi  adalah milik lelaki tersebut, dan lelaki tersebut pun tidak marah sama sekali saat dia memakan kuehnya, malahan membahagi kueh dengannya.

Perempuan itu pun merasa sangat bersalah, namun, sudah terlambat. Tiada lagi kesempatan untuk meminta maaf, yang ada hanya penyesalan yang amat mendalam.

Ya…belajarlah menghargai org lain,,, terutama mereka yg berada disekeliling kita, ibu,bapa..guru2..rakan2..suami isteri dan sebagainya. Saya juga ingin minta maaf kepada semua jika selama ini saya tidak menghargai anda semua.

Sekadar  renungan…

Terkadang “menghargai” juga bererti“memahami”.
Terkadang “menghargai” juga bererti “mencintai”
Terkadang “menghargai” juga bererti “menghormati”
Terkadang “menghargai” juga bererti “berkorban”

Sekian..maaf lame x update..Salam.

Berjayakah aku??

Embun pagi menintik menunggu  bercahaya, awan kelabu belum pn mencecah tempatnya…burung- burung pula mula keluar dari sarangnya..

Laungan azan sayup kedengaran….marilah menunaikan solat 2X, marilah menuju kejayaan 2X ,.. solat itu lebih baik dari tidur 2X…..

Hmmm Ku bertanya pd diriku,…berjayakah aku?berjayakah aku?berjayakah aku?..

Err ya..benar, mereka yg benar2 berjaya adalah mereka yg benar2 memahami dan melaksanakan  apa yg diserukan dalam azan….fikir2kan.

Tabuh berbunyi gemparkan alam sunyi
Berkumandang suara adzan
Mendayu memecah sepi
Selang seli sahutan ayam

Tetapi insan kalaupun ada hanya
Mata yang jelek dipejam lagi
Hatinya penuh benci
Berdengkurlah kembali

Begitulah peristiwa di Subuh hari
Suara insan di alam mimpi

Ayo bangunlah tunaikan perintah Allah
Sujud mengharap keampunanNya
Bersyukurlah, bangkitlah segera
Moga mendapat keridhoannya

Begitulah peristiwa di Subuh hari
Setiap pagi, setiap hari

———–

Maaf pada kwn2, xsempat nk tulis pjg2 xdang tek skg..:)

Kesibukan

kesibukan

“Awak dah lapor diri ke belum?”

“Belum lagi Dr..11 jun nanti kot Dr”..jawab sy , sambil melihat tepat di mata Dr Wan

“Eh kenapa lewat sangat..?” tanya Dr wan terkejut..

“Hmm saya dah tanya pendaftar, saya boleh lapor diri selewat2nya 11 jun nanti.. err jadi saya ingat nak rehat2 dulu la..lagi pun saya baru saja tamat kan..” jawab sy teragak2, dalam hati sy mesti dia ni xbagi ni…

“Eh tak boleh la mcm tu, kita takde orang sekarang ni nie… cuti tu nanti la, masa2 tak sibuk…hhmm awak lapor diri teruslah minggu depan ya… “ arah Dr wan sambil tersenyum sinis..

“Err …baik la Dr…” jawab sy terkilan..

Ya..walaupun riaksi Dr wan  selamba , namun kenyataannya itu cukup tegas bagi saya…

Jadi, sy hanya berehat seminggu sahaja di rumah setelah habis pengajian..dan  saya melapor diri kembali ke UMT pada 17 mei lalu..

Keesokan harinya (18 Mei),

“Lan, Dr wan lantik mu ngan aku jadi penyelia latihan industri di Johor” beritahu rakan setugas saya..

Saya tercengang, dah la baru masuk..dengan tak tau ape2..terus kene jadi penyelia Latihan Industri pula..dan yang paling membosankan saya adalah perkataan “JOHOR”..adus kene gi johor lagi la ni..

Ya..20 Mei, saya dan rakan saya bertolak ke Johor..walaupun agak berat, namun bila memikirkan tanggungjawab, saya kerah juga diri saya untuk melakukan kerja tersebut. ..hmm selama 5 hari saya di Johor..melawat student2 saya di beberapa lokasi di Pasir Gudang. .

25 Mei saya masuk ke pejabat lagi, lima sampul surat berderet di  atas meja…dalam fikiran saya, ape lagi ni..

hmm setelah membaca ke lima2 surat itu, maka tersenarailah jadual harian saya…

2-5 Jun sediakan Modul AutoCad

7-9 Jun ke Langkawi

11 Jun Temuduga Pensyarah di UMT

15 Jun-17 kursus di KL,

5 Julai Kemasukan student baru..

Ya..baru saya tahu, rupanya kerja ni tak seindah yang di fikirkan.. dan yg paling menyedarkan saya adalah tentang “nikmat masa”..ya benar lah hadis nabi:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
” Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
Pertama : masa sihat sebelum sakit.
Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua, dan
kelima masa hidup sebelum tiba masa mati.”
(riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Bolehkah aku mencium mu?

cium

“ Bolehkah aku mencium mu?”

“Masya-Allah, kenapa perlu cium? Kita kan belum berkahwin, malah kita baru sahaja bertunang”..Jawab aisyah terkejut dengan permintaan saiful…

“bukankah ciuman itu bukti kewujudan cinta kita…”rayu saiful

“ Hanya ciuman kamu sudah tidak sanggup berikan, bagaimana pula nanti pabila kita berkahwin”… saiful merayu lagi, dengan nada yg agak kecewa..

“Tidakkah agama kita mengharam lelaki dan perempuan bersentuhan selagi belum di ijab kabulkan…inikan bersentuhan antara bibir dengan bibir yg menaikkan nafsu..apakah kamu tidak tahu tentang hal ini??..” tegas aisyah, tanpa melihat wajah saiful dihadapannya…

saiful terkebil2..malu dengan ucapan tunangnya..

dan sejak dari hari itu, saiful telah berazam utk menjadi muslim yg terbaik , dan dengan cintanya pada insan itulah menyebabkannya menemui cintanya kepada Allah..

Namun perlu di ingat, Allah akan memberi  hidayahNya kepda sesiapa yg dikehendakiNya…dan  di sini Allah hanya menjadikan aisyah penyebab kepada cahaya hidayah yg diperolehi saiful.

doa

Ya, itu adalah antara intipati sebuah novel islamik yg saya sempat baca beberapa hari ini… Apa yg saya ingin perkatakan adalah tentang hubungan antara lelaki dan perempuan.. ya sejak akhir2 ni kita sering dengar tentang anak luar nikah, kes rogol, sumbang mahram dan byk lagi…

Apakah silapnya, emm ya ternyata semuanya hasil dari hubungan lelaki dan perempuan yg tidak betul dan tidak berlandaskan Al-Quran…untuk itu kembali la semula kepda AlQuran dan Sunnah…dan;

Ciumlah insan yg kau cintai sebagaimana  engkau  mencium “Al-Quran” kalam yg suci..(atau dengan kate lain setelah halal bagi mu …mandai2 ni..wat sedap ayat..hehe)

Semoga cerita ni menjadi pengajaran buat saya dan sahabat2 semua..:)

Keraguan..

menantipagijiwaku terpenjara dalam relung hitam yang kelam diliputi gelisah bagai kabut menutup mata…

Ya apakah ubat kepada keraguan… .aku masih gelisah tentang hal ini..istikharah telah ku lakukan.. setiap  kali masai solat, sering aku  memohon agar keraguan ini hilang.. namun ku masih dihantuinya..

Ya Allah, berikan aku ubat atas keraguan ini….aku sangat memohon pada Mu Ya Allah..berilah aku pertunjuk dan hidayah Mu..

Teringat aku tentang satu  doa Rasullulah;

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada Engkau dari tekanan hutang dan kesewenang-wenangan manusiaayatkursi2Semoga kegelisahan dan keraguan ini akan hilang…

Mencari Cinta..

“Eh ko nak pengang ape lan? Aku dah dapat pengang dah” senda risman kepada saya sambil mengangkat gengaman tangannya dengan sha.

Melihat tiada respon dari saya..dia dan isterinya ketawa besar…

”ape la abang ni kesian kat abg lan” ..sambut sha sambil senyum meleret.

“xpe dia ni mmg ssh berasa hati..hehe” man ketawa lagi

Dalam hati saya berbisik..”cis man ni nk kene kan aku ni..jg ko”

“Cepat kawin lan..best tau..hehehe..” ketawa sinis lagi dari risman.

“Iye la abg lan, kitaorg nk tggu pergi makan nasi minyak kat Terengganu ni” Sha pula terikut2 rentak suaminya…

Ya..minggu lepas sahabat baik saya datang ke UTM, katanya ade jemputan kawin berdekatan kawasan ini, namun saya tahu, itu hanyalah alasan untuk dia bersama isterinya bercuti di sini…iya la org baru kawin..he.( sori ye man..hehe).

Hmm..ya.. sepanjang kami bersama..tak habis2 mereka ni “mengenakan” saya.. geram juga di buatnya..he. emm..tp seimbas melihat kemesraan dua org merpati sejoli ni..saya merasa turut gembira, alhamdullilah, semoga mereka terus bahagia sehingga ke syurga abadi..:)

kenangan man kawin

kenangan man kawin

Mengulas berkenaan dengan “kawin”.ermm..sudah tentu saya juga ingin berkahwin.. err namun sampai sekarang sy masih “mencari cinta”…

Nanti dulu, jgn salah fham…. mencari cinta mcm mane tu..err sebenarnya, sy terfikir..adakah saya benar2 kenal tetang cinta saya??

Saya cuba cari jwbpan utk persoaalan itu,

Banyak buku2 sy beli, termasuk juga novel2 islamik..hmm setelah melahap sebahagian buku2 ini..terasa diri masih kerdil dalam mengenalli Nya..Apabila saya berjumpa dengan rakan2 seusrah pula, mereka bergitu khusuk mengenali Nya, hadis dan Al-Quran menjadi bualan dibibir mereka..ya..sekali lagi diri terasa kedil dalam mengenali Nya…..Dan apabila memasukki masjid.. kebanyakan jemaan khusuk mengenaliNya..ya.. teryata diri ini tidak setanding dengan mereka..

emm..sy terfikir..”adakah aku benar2 layak utk berumahtangga sdangkan ilmu ku tidak seberaba..adakah aku benar2 bersedia?? Dan yg plg penting adakah aku benar2 kenal cinta ku??”

Ya..cinta yang saya maksudkan adalah cinta kepada Allah.

Hati saya berbisik “Ternyata aku masih belum mengenali Mu seadilnya ya Allah..maka layakkah aku mencintai yang lain sebelum aku MencintaiMu sepenuh hatiku”.

Cerita ini sekadar utk renungan..:)

Aku ini Jahil dan Lemah…

Semalam telah berlalu…adakah esok akan ku temui lagi…entahlah, entahlah, entahlah..jiwaku merintih kesedihan..andainya aku tidak lagi diberi kesempatan untuk menjenguk hari esok, adakah aku ini cukup bersih untuk mengadapMu?..aku tunduk, sepi sendiri…tanpa ku sedari air putih menjalar di pipiku…

hati ku meritih lagi…tak mungkin..tak mungkin..tak mungkin! Aku sgt kotor, aku sgt hina, aku sgt jahat… aku Mengharap, aku memohon pada Mu ya Allah supaya aku diberi kesempatan lagi untuk memohon ampun dan taubat dariMU ya Allah.

aku Menangis, aKu Meratap, mengenang dosa-dosa yg telah ku lakukan hari ini,semalam dan sebelumnya..adakah aku akan mendapat keampunan Mu Ya Allah..

Ya Allah, aku bukanlah ahli surga
Usiaku setiap hari terus berkurang
Sedang dosaku terus bertambah
Dosa-dosaku laksana hamparan pasir
Bagaimana aku menanggungnya
Dan aku tidak akan kuat menahan siksa neraka
Ya Allah, aku datang kepada Mu dengan beban dosa-dosaku
Wahai Dzat Yang Maha Agung terimalah taubatku dan ampunilah dosaku
Ya Allah kabulkanlah doaku pada Mu
Karena Engkaulah yang dapat mengampuni dosaku
Dan sekiranya Engkau menolaknya,
maka siapakah yang ku harapkan selain Mu.

aku ini jahil tentang agamamu Ya Allah….malah dalam doa2ku aku sentiasa memohon agar mendapat rizeki yg baik, isteri yg solehah, anak2 yg soleh serta solehah, diberi darjat dan kekuatan ..namun pantaskah aku memohan kebaikkan ini dari Mu Ya Allah.. sedangkan secubit Quran itu pun tidak dapat aku hayati sepenuhnya.. sedangkan solatku umpama melepas batuk di tangga…sedangkan dadaku sering di rasuk syaitan durjana …air jernih semakin deras mengalir di pipiku…ahh tolonglah..tolonglah Ya Allah….” jangan hukum aku kerana kejahilan aku..Kau berikanlah aku pengetahuan tentang apa yg aku tidak ketahui”..

Aku meritih lagi…Ya Allah aku ini lemah, sgt2 lemah… malah sukar bagiku untuk menjaga kurniaanMu .. teramat sukar bagi ku menjaga pandangan ku.. teramat sukar bagi ku menjaga percakapanku.. teramat sukar bagiku menjaga pendengaranku… sebak dada ku semakin membuak2.. ahhhh… aku mohon.. aku sgt2 bermohon kepadaMu Ya Allah..

Aku ini lemah ya Allah, aku perlukan pertolongan diriMu ya Allah. ….ya Allah Jika kurniaanMu menyebabkan aku lupa padaMu..janganlah Kau hukum aku ya Allah..sebaliknya kau kasihanilah aku, kau berilah aku kesedaran ya Allah..aku sangat memohon padaMu ya Allah

. Bukankah Engkau berfirman, jika aku berdoa kepada Engkau, akan Engkau makbulkan permohonanku ya Allah (Tawasul). Ampunkan lah aku Ya Allah kerana kejahilan dan kelemahan ku ini ..Ya Allah, Ya Rahman..Ya Rahim..Amen.